Hati merupakan sebahagian daripada iman dalam diri seseorang. Hati perlu dijagai agar ianya melahirkan peribadi yang soleh. Sifat sombong dan iri hati dengan orang lain amat ditegah dalam islam terutamatanya iri hati dengan saudara segurunya sendiri. Islam mengajar kita tentang bagaimana memelihara hati nurani kerana dengan hati yang baik kita akan dapat hidup dengan aman dan tenteram. Hindarilah sikap sombong, bangga diri tak tentu pasal, riak dan sebagainya yang menjadikan diri kita hanyut dalam ego kita sendiri.
Hati manusia bagai sebuah samudera..
di dlmnya terdapat berjuta rahsia, berjuta mutiara hikmah, kebijaksanaan, kebaikan dan keprihatinan, sekaligus berjuta keburukan dan kedustaan..
Hati inilah yang menentukan, apa yg akan ia buat dan utk siapa perbuatan itu ia persembahkan..
Hati adalah tempat yg akan di nilai oleh ALLAH dibalik setiap perbuatan hamba-NYA.
Pada suatu ketika, seorang sahabat yang baik bagi diriku mengingatkan daku supaya janganlah engkau kecewa terhadap dunia ini. Dunia ini hanyalah tempat yang sementara sahaja. Kau mesti ingat wahai sahabat, bahawa Allah memberi ujian kepada dirimu kerana Allah amat menyayangi terhadapmu. Terdapat hikmah disebalik setiap perkara yang mengecewakan dirimu itu sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala sesuatu yang kita tidak mengetahui.
Pesanan sahabat buat diriku :
Bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu,
Yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Serta menyusahkan hidupmu,
Pasti akan damailah hatimu,
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia?
Ketika kamu menangis sekian lama dan hatimu berasa pedih...
Ingatlah bahawa Allah s.w.t. sudahpun menghitung airmatamu itu..
Bukan Allah s.w.t.tidak mengetahui deritanya hidupmu..
Retaknya hatimu,
Tetapi mungkin itulah yang Dia mahu..
Kerana Dia tahu hati yag sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat serta akrab denganNya..
Sesiapa yang Allah s.w.t. mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Begitulah pesanannya buat diriku.. Sungguh aku bersyukur mempunyai serta dikurniakan seorang teman sepertinya..

No comments:
Post a Comment