Remember

Saturday, July 30, 2011

Coretan Pensel


Sinopsis Filem Pensil

Mengisahkan seorang budak cacat dari segi fizikal setelah menghidap demam panas sewaktu berusia lapan bulan. Walaupun cacat, Badrul sayang ibunya. Badrul juga mempunyai nilai-nilai dan sikap menghormati orang-orang tua.

Dia juga taat kepada ajaran agama. Badrul terpaksa menjual keropok dan bubur untuk menyara ibu dan dirinya. Dia akan mengharungi pelbagai masalah kerana ada segelintir penduduk di kampung itu yang suka menghina dan mencacinya.

Ibunya kehilangan kakinya disebabkan oleh penyakit kencing manis. Badrul berhasrat untuk mengumpul duit secukupnya untuk membelikan ibunya kaki palsu. Badrul juga mempunyai kebolehan untuk melukis.
Mak Nek adalah teman baik Badrul yang juga merupakan neneknya. Mak Nek adalah tempat dimana Badrul akan mendapat kasih saying dan perhatian. Di kampung itu juga tinggal seorang yang sakit jiwa kerana telah didera oleh bapanya semasa kecil lagi, bernama Junid.

Junid diasuh dan akan mendapat nasihat dari Badrul. Kedua-dua yang dianggap “cacat” oleh masyarakat akan menjadi sahabat baik. Badrul akan memperkenalkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada Junid.
Badrul yang tidak mementingkan kebendaan hanya mengharapkan kasih sayang dari ibunya. Badrul akan  meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pelukis dan sekaligus membahagiakan ibunya.

Pandangan

Sayu hatiku apabila membaca sinopsis cerita ini. Tiba-tiba sahaja saya teringatkan filem ini yang mampu meruntun hati ini. Saya sangat kagum sungguhpun ku hanya melihat filem ini sekali sahaja namun implikasinya terhadap diri ku sangat mendalam. Benar, cerita ini sudah lama berlalu. Apalah salahnya jika kita merenung kembali cerita-cerita yang mempunyai nilai-nilai kemanusiaan.

Cerita ini mengisahkan seorang insan yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU). Diri ini memang selalu dekat juga dengan mereka ini. Teringat pula ku kepada adik kesayanganku ini. Oleh kerana, ibu dan bah menghantar dia ke sekolah yang berpendidikan khas. Di mana dia di sana para guru mampu untuk memahami setiap masalah yang di hadapi oleh golongan muda ini. Sayu hati ini apabila melihat mereka. Rupa mereka menggambarkan mereka seperti kanak-kanak yang normal tatkala mereka bermain dengan riangnya.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) ini pada saya sangat unik. Mereka mungkin kekurangan dari segi fizikalnya namun mereka tetap cekal dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. Oleh kerana, mereka kekurangan sifat, orang yang terdekat bertanggungjawab sepenuhnya untuk membentuk mereka.

Janganlah kita memandang serong terhadap mereka hanya kerana mereka berbeza.
Janganlah kita menghina, mencaci serta melabelkan mereka sebagai "cacat".
Mereka juga merupakan manusia yang Allah jadikan daripada tanah.

Berbalik kepada Filem Pensil, Ianya mengisahkan Badrul yang dipelihara oleh ibu tirinya sejak kecil. Kerana mengalami demam panas, Badrul cacat dan terencat. Ayahnya meninggal di dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke hospital untuk berubat Badrul. Disebabkan kemalangan itu, ibu tirinya sering menyalahkan Badrul di atas kematian ayahnya.

Sifatnya sangat tulus. Walaupun penderaan serta kebencian daripada ibu tirinya sungguhpun Badrul sangat menyayangi ibunya. Begitulah kasih sayang seorang anak terhadap ibunya. Sungguh syurga di bawah telapak kaki ibu. Namun, dalam keadaan yang tidak cukup sifat, beliau berusaha untuk mencari rezeki dengan menjual keropok serta membuat dengan usahanya sendiri bubur kacang. Sungguhpun, bubur kacang yang dibuat olehnya sangat laris, wang yang dia perolehi telah di ambil oleh ibunya.

Badrul merupakan seorang yang pandai melukis. Dengan wang yang sedikit dia peroleh daripada hasil jualannya dia membeli sebatang pensil dan kertas lukisan. Namun dia di marahi ibunya kerana membeli pensil itu kerana di katakan pembaziran. Namun begitu, dia melakar gambar raut wajah ibu yang dia kasihi dan bakatnya disedari oleh neneknya.
Jalan cerita filem ini mampu membuatkan setiap insan mengalirkan air mata. Kesungguhan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang berjiwa besar dan berusaha untuk mencari rezeki halal dan menolong ibunya sangat menyentuh perasaan. Setiap adegan di dalam filem ini sangat meruntunkan jiwa.

No comments:

Post a Comment