Remember

Thursday, July 28, 2011

TINTEC-KRENEDEX 2011



Introduction

TINTEC-KRENEDEK’11 merupakan program Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10 yang akan dijalankan selama enam (6) hari iaitu bermula pada 20 Julai 2011 hingga 26 Julai 2011. Antara pengisian program khidmat masyarakat termasuklah dikawasan seperti Khidmat Pendidikan – motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah yang terpilih. Seterusnya Pemindahan Teknologi, iaitu pengisian yang melibatkan pemindahan teknologi hasil daripada penyelidikan yang dijalankan di UTM. Selain itu, antara pengisian lainnya adalah Khidmat Masyarakat, antaranya kempen 1Malaysia, sukan rakyat, hari keluarga, kempen kesihatan dan malam kebudayaan. Akhir sekali, Pembangunan Kampung dan Masyarakat – kempen bumi hijau, pembangunan homestay, literasi IT. Semua pengisian ini akan dilaksanakan mengikut kesesuaian kampung yang dipilih.


Manakala aktiviti penyelidikan pula melibatkan kajian berkenaan kualiti air Sungai Kelantan dan turut dijalankan semasa aktiviti berakit di sepanjang sungai, iaitu dari Kuala Krai hingga ke Kota Bahru. Hasil daripada kajian ini akan disebarkan kepada masyarakat setempat melalui aktiviti yang dikenali sebagai “Environment Outreah Program”.


Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar terutamanya penjagaan sungai kepada penduduk setempat. Penyelidikan terhadap kualiti air di sepanjang sungai juga akan dikongsikan kepada penduduk setempat agar mereka lebih cakna terhadap keindahan kampung halaman mereka.


Program penyelidikan berkenaan kualiti air di sepanjang Sungai Kelantan ini akan dilakukan oleh pasukan berakit yang disertai oleh 30 orang mahasiswa-mahasiswa UTM. Pasukan ekspedisi merakit ini akan memulakan perjalanan serta penyelidikan mereka di sepanjang Sungai Kelantan bermula di Kuala Krai ke Kota Bharu. Sebanyak empat (4) perhentian yang dipilih akan menjadi tempat persinggahan pasukan berakit berehat serta menyampaikan hasil pnyelidikan mereka kepada penduduk kampung.


Dengan objektif dan kejayaan dari program ini, dapat menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa tentang pentingnya aktiviti kemasyarakatan selain membanting tulang mengejar ilmu di dalam universiti.

_________________________________________________________________

Maaflah yep ambil introduction untuk program Kolej 10 ini :))
credit to you guys!

No comments:

Post a Comment