Remember

Friday, July 29, 2011

Pengalaman TINTEC-KRENEDEX 11


Pada mulanya agak ragu-ragu jugalah ingin menyertai TINTEC-KRENEDEX 11 ini. Mungkin kalau diperhatikan entri sebelum ini semuanya macam pasrah sangat. Kelakar jugalah apabila teringat betapa sedihnya diri ini sewaktu itu. Banyak sangat yang difikirkan sebelum memasuki program ini. Asal usulnya menyertai program ini hanya ingin mengubat hati tapi tanpaku menduga ku temui sesuatu yang lebih bernilai daripada itu.

Pergi join program tapi inti patinya kita tidak tahu. Memang blur habislah masa tuh. Lagi-lagi bila tau ramai sangat lelaki. Memang takut jugalah sebab, diri ini bukannya biasa cakap dengan lelaki setelah memasuki kelas aliran arab itu. Namun, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. mereka semua baik-baik belaka :))

Saya ditempatkan di stesen kuala krai. hehehe.. mengamit memori apabila teringat kembali saat-saat tersebut. Tidak disangka bahawa akan di pair up lelaki dan perempuan untuk menjadi fasilitator~ Waktu itu berdebar pula rasanya.. hehehe.. selamat dapat partner yang baik dan sweet orangnya. Mula-mula takut jugalah nak menjadi fasilitator ini. Kadang-kadang rasa seperti tidak layak pun ada juga. Tapi Alhamdulillah partner saya yang sudi memulakan perbicaraan bersama adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai.

Di sanalah saya mula mengenali ramai insan yang baik dan sporting juga ^^ saya enjoy diri saya sepanjang berada dalam program ini. Mula-mula segan sangat tapi makin lama kuranglah segan dengan mereka. Best sangat dapat ramai kenalan baru kemudian berubah menjadi sahabat. ^^ Alhamdulillah saya ucapkan serta saya bersyukur sangat kerana terbukanya pintu hatiku untuk mengikuti program ini.

Tidak perlu saya menyebut nama-nama mereka di dalam blog ini. Kelakar juga apabila saya fikir cara kami semua berkenalan antara satu sama lain. Uniknya cara Allah s.w.t menemukan kita sebagai sahabat.

Buatmu sahabat yang baru ku kenali,

"SAHABAT YANG HEBAT TIDAK DIHITUNG PADA PARAS RUPANYA,TIDAK DIUKUR PADA ASAS KEMEWAHAN DIRINYA,TIDAK DIPILIH PADA LAGAK GAYANYA,TETAPI DINILAI PADA BAIT DOA-DOA YANG DIUTUS BUAT TEMANNYA"





InsyaAllah, semoga perkenalan kami yang singkat ini mampu untuk berkekalan.
Love all of you~

No comments:

Post a Comment