Remember

Showing posts with label Salam Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Salam Ukhwah. Show all posts

Saturday, November 17, 2012

Coming Back!



Assalamualaikum wbt.



It has been a while since the last post. Alhamdulillah I have inspiration to write up again. My apologies if most of my writing came from within my heart, inspiration by most of the people. Inspiration from my families but the most importantly it came from Allah. SubhanAllah.

Today the post is going to be in English. InsyaAllah I am trying to write it up well enough.

During awal muharram of 2012 on 15 of November, we were shocked with the news on the attacked of zionist on Palestine. The first thing I realized was that, I was shocked. But truthfully I cried after a few days of thinking about how I can help my fellow brother and sisters there. Yes, I have no power, no monetary support but I only have du'a as the ONLY help to offer to them in Gaza.

I realized that there are many issue stirring up between the non-muslim who did not understand fully about the situation that is happening in Gaza. Most people only understand the lies and deception which has been spread by people who wants to twist the truth to show their illusion of innocence. I myself do not consider to understand the matter fully or should I say not even touch the surface of it. I should say that I only have the knowledge of the thin air blowing on the surface.

Why do I say that I only have the knowledge of the thin air blowing on the surface?
We touch the ground means the surface, the knowledge that you have is you have a firm knowledge on what is going on but not the depth of it. The thin air is consider how the knowledge that you have is consider to be come just for a second and disappear. That is how I see it. I can only blame myself for not knowing.

Now, there is a lot of protest against the zionist action toward Gaza. I can only say that it is inhumane! All over the world there is protest. Even in Canterbury, United Kingdom there is one on the 17th November. Some of the students and/or residents disagree on why the Kent Palestine Society is doing this. When I was strolling down a comment which intrigues me, I read a lot on it. And it was a conversation between a muslim student here and some non-muslim student.

Among their comments, my eyes catches these line "....Gaza shot first at Israel...." and some about muslims and Islam. Suddenly my heart ache at the thought of reading all of this. Its not their fault, that these thinking are embedded within their minds. However, I urge that people would have it in their heart to learn more about the war between Palestine and Gaza. This is also a reminder for myself in order not to be tangled up in a web of lies nor some scheme to divert the truth. I do not want that!

Yes, I have lived in the United Kingdom and started to learn that people would like to know Islam as well. I lived in a house with two boys and three girls including myself. One of them is an atheist, and she asked me " What is your religion?" And I answered it simple I am Islam, are you disturbed with me living in the same house. She said No, I am fine with it. And smile.

Another one of my housemate, is an exchange student as well from the United State. She did not asked about my religion or anything. But one scenario surprise me, one night I was having dinner with one of my friend which is a boy at my house. And suddenly she came down without wearing pants, only a long T-shirt to cover her. She was surprised to see him there and she went back upstairs to wear some pants again then coming back down. SubhanAllah.. Only Allah know how much it meant for me to see her to cover herself in front of my friend. :)



Thursday, January 26, 2012

Adakah jatuh hati itu zina hati?

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.


Hari ini saya terbaca suatu status seseorang dan membuat saya terfikir adakah jatuh hati di kategorikan sebagai zina hati? Pada satu tahap, saya berfikir salahkah untuk jatuh hati? Tahukah kamu bahawa masa mula-mula dahulu, saya sendiri juga sangat risau andaikata saya menyukai seseorang itu zina hati. (oh! tidak rasa berdosa sangat T-T)

Persoalan saya kepada kamu semua..

"Adakah jatuh hati adalah zina hati?"
"Adakah keinginan dalam hati utk berkahwin dengan seseorang adalah zina hati?"

Pada pendapat saya, fitrah bagi manusia untuk mempunyai perasaan saling sayang menyayangi. Bukan pendapat saya sahaja, rasanya ramai di antara kita berfikiran begitu. Allah swt itu Maha Adil dan Bijaksana, tidak mungkin jatuh hati dan keinginan utk berkahwin dgn seseorang bukan zina hati. Cuma kita yang kurang memahaminya.


Alhamdulillah, saya berbincang dan bertanya seorang sahabat juga dia berkata tidak salah untuk kita jatuh hati atau dalam istilah lain menyukai... eeerrr... mungkin sayang (=_='') mungkin.... asalkan kita berlandaskan Islam. (mestilah... ^^v)


Cinta itu fitrah manusia. ALLAH tak larang untuk bercinta, cuma ALLAH cakap dalam ayat Quran 'jangan hampiri zina.' Okay! Sekarang apa maksud zina hati itu?


Zina hati adalah dari hadis:

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina."
(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1783.)

Faham tak agak-agak? Dalam bahasa yang senang untuk kita fahami zina hati itu kalaulah kita berfikiran ingin ajak ke arah maksiat atau bersetubuh...dalam erti kata lain seperti membayangkan wanita/lelaki yang kita suka ke arah maksiat ATAUsetubuh dalam bahasa kasar.. erk?? maafkan saya kalau salah..sy harap ada yang beri tunjuk ajar kalau fahaman saya salah.

Katalah anda tengok drama korea. "Wah hensemnya hero ni..aku nak kahwin dengan dia lah!" Adakah ni zina hati? Jawapannya Tidak! (kenapalah mesti korea juga? =_='')

 Jadi ingat someone, jatuh cinta, berkenan adalah tidak salah. yang salah adalah bercinta dan terus bercinta tanpa mengetahui bila entah nak nikah. tiada perancangan rapi. =_='''


Hurmm.. Satu lagi pasal cinta,benda ini memang tak dapat nak elak,tipu la bila dia tak timbul rasa suka kat seorang perempuan /lelaki sebab memang dah fitrah semulajadi(surah Ali-Imran:ayat 14).Tapi indahnya Islam Allah sudah bagi guideline bagaimana ingin mengatasi semua ini. 

Pertamanya jaga pandangan(Surah Nur:ayat 30 dan 31),jangan liar sangat mata tu.kita boleh pandang laki/perempuan tapi kena jaga hati,bila nak jaga hati kena la selalu dekat dengan Allah,supaya Allah jaga diri dari segala maksiat.

^^v Wallahu'alam. Sila tegur jikalau ada kesilapan. Sumber rujukan saya  artikel zina hati & Cinta sebelum Kahwin

p/s : Wah! lega juga baca artikel ini. Tak adalah serba salah sangat. Hanya kita perlu saling ingat mengingati dan jika kasih sayang itu mampu meningkatkan cinta kita kepada Allah swt.
 

Sunday, November 13, 2011

Persoalan : Sakit Hati?

Persoalan : Pernah tanya seseorang naqibah, Bagaimana ingin lupakan kesalahan orang terhadap kita yang sememangnya sangat menyakitkan hati, memang sudah memaafkan tp masih teringat-ingat..



Jawapannya : Dia beritahu saya,kalau kita tidak mampu untuk melupakan bermaksud kita belum mampu memaafkan lagi..atau belum redha lagi dengan apa yang jadi.. nanti masa hari hisab,kita yang susah juga sebab entah-entah kita masuk syurga tetapi tidak tentu pasal kena tangguh sebab diseret untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan orang yang buat salah terhadap kita pula..huuu.. T-T

Tak mahu... Tak mahu... Takut pula jadinya diri ini apabila ON OFF sahaja. Maksudnya antara ada perasaan sakit hati dan tiada perasaan sakit hati. =_=''' Sebabnya jika ada sesuatu kes scenario yang terjadi yang membuatkan saya teringat kepada kisah lalu bagaimana??

T-T tidak sengaja...... hurm... nampaknya perlulah untuk berbuat tidak tahu dan banyakkan Istighfar jika perkara tersebut berlaku. Memang mungkin orang akan cakap " alah....macamne pula kau tahu kau masuk syurga ke tak nanti?"

Hurm... memang kita tidak tahu sama ada kita di tempatkan di syurga atau neraka namun Allah Maha Mengetahui usaha-usaha kita. Asalkan kita mempunyai niat kerana Allah swt.

Waallahualam~

Thursday, November 10, 2011

Kerana aku wanita

~Ke̲r̲a̲n̲a̲ Ak̲u̲ Wa̲n̲i̲T̲a̲~

kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku

kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki

kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.



Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kini menjelangnya Hari Raya Aidiladha 1432 Hijriah. Alhamdulillah masih di panjangjkan umur untuk merasai Aidiladha. Syukur.

Okay, Aidiladha disambut oleh seluruh umat islam. Ia dikaitkan juga dengan pengorbanan. Sebab itulah kita buat korban. Tapi kenapa kita buat korban sebenarnya, tersingkap kisah disebalik kejadian ini.

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.


Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail . Siti Hajar berkata, "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."


Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, " Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya. "


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku ."


Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim . Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.


Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.
Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.


Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.


Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Begitulah kisah disebalik Hari Raya Aidiladha :)

Alhamdulillah tahun ini Hari Raya Aidiladha, dapat jumpa semua sepupu. Itulah yang paling menggembirakan suasana dimana keluarga-keluarga berkumpul di bawah satu bumbung dan meluangkan masa bersama-sama.

Aidiladha tahun ini juga seorang sepupu, akan pergi ke Istanbul,turkey :)
Rezeki dia~ Alhamdulillah

Harap saya pula dapat pergi ke UK tahun hadapan. InsyaAllah :)

Saturday, October 15, 2011

Key of Memory (5) Thank You JKM K10 and K10 residents~

^^v

Thank you very much JKM K10 and K10 residents. We really appreciate what all of you have done for us JKM K9. You all really are sweet, for helping us during a crisis. I am glad and we are all glad that you have helped us set up the tent for our telematch and programme Riang Ria K9 2011.

All of you came in the middle of the night to help us out.
A thousand Thanks to all of you. Even though I knew most of you from TINTEC-KRENEDEX 2011 it was just a short period of time but it meant a lot to me. Even though I do not remember all of your names but i do remember your faces :)

In the middle of the night you all set up the heavy tent. We were actually guilty, due to we cannot help much. And for a fact that all of you have a futsal match later during the day.

Even though the work load finished at 2.45 am in the morning of 15th October 2011. But we are really grateful to all of you.

~Thank You Very Much~

Monday, October 10, 2011

Sebuah puisi untuk ingatanmu

"Ya Allah,
kami memohon wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
wahai yang membolak-balikkan hati dan mata
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu
ilhamkanlah kepada kami sedangkan Engkau adalah pemiliknya
dengan kelebihanMu dan kebaikanMu

Ya Allah, sucikanlah hati kami dari kesemua
yang tidak patut dan yang kurang sopan terhadapMu

Ya Allah, peliharalah pandangan kami
daripada pandangan yang Engkau tidak redhai
peliharalah ia dari pandangan yang haram
peliharalah ia dari memandang dunia dengan pandangan kebesaran
peliharalah ia dari memandang salah satu dari ciptaanMu
dengan pandangan kesombongan dan kehinaan

Ya Allah, jadikanlah pandangan kami di dunia
memandang ke arah ketaatan
sehingga dimuliakan kami
memandang wajahMu yang lagi mulia
sehingga dimuliakan kami
melihat Saidina Muhammad s.a.w
sehingga dimuliakan kami
melihat mereka yang benar
dan mereka yang mencintai di sisiMu
yang tergolong dari mereka yang diterimaMu

Ya Allah peliharalah hati kami
sepertimana Engkau memelihara hati-hati orang yang benar
dan jadikanlah kami berdiri di atas jalan-jalan mereka
wahai yang Maha Mulia
dengan kasih sayangMu yang Maha Mengasihani dari yang mengasihi
dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
serta ahli keluarga dan sahabatnya
dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Ameen...

Thursday, October 6, 2011

One love...

In solitude...
It is such a cold night and it is so dark...
I am walking down the street of memories - all alone, lonely, with no one by my side. It's only me thinking of You, with hands full of sins...
Fountain of memories cascading fast through my minf. Each and every piece of precious moment glimpse one by one. Narrowing down the sorrow and despair, that kept haunting me ever since. I never feel as relief as before. Though my heart is mixed with oceans of feelings. The little box in my skull, persistently potraying thousands of people whom I love. Do they love me? As much as I sacrificing my love for them? Sometimes it's hurts, sometimes it's not. Seeking for the guidance and the answer, directs me to meet my love, confessing from my lonely soul.

Oh my love, here I come for you, crying for your forgiveness. No one in this world knows me better than you. My past was painted with thousands of betrayals. My lips were drought with your words.My heart was emptied with your guidance. Don't ever leave me again my love. Rejoice me with your gracious blessings. Meeting you when the day comes, shall prosper the happiness of mine to the eternity. Oh my love, my sadness prevails the happiness when someone leaves me behind. Once I fell in love with someone though it felt sweet, it made me smile with a broken heart. Please my love, don't crush my heart like the one I've had before. In you I find it never ends, for your love is always there to mend...

My love, i need you to guide me, please protect me, please don't ever leave me, strengthen my faith, purify my mind, lighten up my soul with the light of Iman. My heart will always be there for you. My love, thank you for saving me, thank you for giving me hope. There is no mountain too high when there is a will. There is no river too wide when I believe there is another way. I've come to realise, that you are my true saviour. A step I take towards you, thousands of steps you will see me through. This life isn't made for nothing. It's a way for me to find you, my true love....

I believe you will always there to guide me, and lead me to the fountain of happiness .With the ones you love, together in paradise. Please my love. Make me fall in love with someone who loves you the most, someone who believes in your promises whole heartedly, someone who always crying for you, someone who is craving to meet you, someone who always think about you, no matter day or night. I love you very much!

Allah, the Almighty...

Wednesday, October 5, 2011

Promosi pergi haji dan umrah Percuma!!

Okay, hari ini ingin berkongsi entri seorang sahabat saya. Perhatian ini bukan hasil kreativiti saya. Tapi perkara ini sangat menarik perhatian saya. Jadi di harapkan rakan-rakan juga mampu mengambil ikhtibar :)




(dulu masa cuti semester, aku pernah balik rumah lewat lepas solat subuh dalam hampir pukul 7 lebih. Pakcik aku tanya, kenapa balik lewat, aku tersenyum dan dalam hati aku cakap aku pergi cari pahala haji dan umrah…)



Pengumuman!!


Hari ni biskotmayat travels & tours Sdn. Bhd. ingin mempromosikan berkaitan dengan haji dan umrah bagi sesiapa yang tidak mampu atau mempunyai duit tapi berniat untuk pergi atau dapat pahala haji dan umrah. Di bawah ini kami menyediakan tentatif seperti berikut :



Tarikh : Setiap hari tanpa mengira hari cuti umum.

Masa : Selepas solat subuh berjemaah sehingga matahari naik.

Aktiviti : sepanjang menunggu matahari naik, kita meningati Allah seperti berzikir, membaca Al Quran dan sebagainya.


Tarikh mula promosi : sejak dari zaman Nabi s.a.w.
Tarikh tamat promosi : selepas menjadi mayat


Yuran : Tiada caj dikenakan, tiada yuran tersembunyi, tiada cengkeram, tiada pinjaman atau sebagainya. Yang diperlukan ialah keinginan dan kekuatan untuk melakukan.




Sebarang kemusykilan atau keraguan, sila rujuk ustaz, ulama’, kiai berdekatan anda.



"Barangsiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolat 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah saw berkata : "sempurna, sempurna, sempurna".
(Didalam Al-Jumu'ah 535) Hadith ini dikelaskan sebagai HASAN oleh Al-Albani didalam Sahih Sunan al-Tirmudzi, 480.



Jom beramai-ramai kita merebut peluang ini! Woha!



p/s : 1. Aku tulis tak bermaksud aku TAK SURUH pergi tunaikan haji dan umrah di tanah suci sana.Ini GALAKAN sahaja. Takut-takut tak sempat tunaikan haji, dah jadi mayat. Oh!


Wednesday, September 21, 2011

peringatan buat semua

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

Ibn Mas'ud r.a

Tuesday, September 13, 2011