Remember

Wednesday, December 21, 2011

Key of Memories (7) 5sc3 reunion


Sudah lama kita tidak bersua yea, sahabat-sahabatku. Nampaknya semua pun sudah berubah juga mengharungi haluan masing-masing.

Ingatkah kamu suasana kita belajar semasa di SMK Pandan Indah?

Begitu banyak drama yang berlaku antara kita. Diharap kita usahlah mengungkit lagi kisah lama. Antara kita juga dahulu pernah ber'couple' dengan classmate sendiri dan sudah juga putus dalam perjalanan meningkat remaja.

Kini Reunion yang pertama kali, saya pergi berjumpa kalian. Banyak yang berubah. Daripada yang badannya kurus bertambah sihat. Daripada yang rendah semakin tinggi (kecuali saya =_=)

Alhamdulillah, reunion serta BBQ ini sungguhpun bukan semua pelajar 5sc3 yang dapat hadir namun aku gembira bertemu kalian. Maaflah aku tidak turut serta mandi sungai. Rasanya seperti tidak wajar pada saya. Namun aku gembira melihat kalian gembira. Pelbagai cerita yang di singkap sepanjang 2 tahun tidak bertemu.

Reunion 5sc3 SMKPI
~Sungai Congkak~

Fruitful friday #18

A friend once wrote this on my wall :


"People never know how special someone is until they leave, but maybe sometimes its important to leave, so they are given that chance to see how special that someone really is!"


Thank you dear friend.

Fruitful friday #17


 Fruits are squeezed to get juice.Flowers are crushed to get fragrance.Diamonds are extracted to make jewels.So if we're being pushed in life, fear not !It's just Allâh trying to get the best out of us.There is no medicine like hope, and there is no tonic so powerful as expectation from Allah for a better tomorrow.....;)

Rindu dalam diam

Manusia tidak akan lekang daripada berasa rindu. Rindu itu hadir tanpa diduga. Rindu juga hadir tanpa dipinta. Kerinduan itu membuahkan hasil yang nostalgik. Di mana kita mesti teringatkan sesuatu mahupun seseorang. Andai kehadiran rindu itu hadir, jangan menolaknya ke tepi bahkan terimanya dengan hati yang redha.

Bersyukurlah diatas kurniaanNya kerna kita masih mampu untuk berasa kerinduan itu. Kerinduan biasanya terjalin antara hubungan sesama manusia. Semestilah kita pernah menyayangi seseorang saat berada kejauhan itu pasti akan timbulkan perasaan rindu itu. Andai kamu sudah berpisah sekali jua, rindu kepada dia pasti terbit ada masa.

Kerinduan yang terbit itu terkadang kita menafikannya kerna diri sendiri tidak mahu mengakui. Terkadang diri berada dalam keadaan dilema sama ada benarkah aku menyayangi dia lagi?
Benarkah rindu ini hadir kerna aku terfikirkan dirinya? Jawapannya terkadang kita sendiri mengetahuinya. Yang lebih Arif mengenai diri kita adalah Pencipta kita sendiri.

Apalah sangat jika merindui seseorang yang telah lama pergi pun, tidak salah. Biarkanlah ia berlabuh dengan sendirinya. Andai ia terjadi, dan menyeksa sanubari kita. Maka.......

Biarlah rindu itu dalam diam.

Monday, December 12, 2011

Sukarnya untuk melupakan

Ya Rabb,
Bantulah HambaMu yang lemah ini,
Aku buntu apabila bermainnya hati ini,
Persoalan yang sering kembali..
Menghantui aku..

Ya Rabb,
Sesungguhnya engkau lebih arif mengenai diri ini
Aku mohon kepadaMu
Supaya redakanlah ingatanku
Supaya redakanlah perasaanku
Terhadap dia..

Ya Rahman,
Gantikanlah perasaan ini..
Supaya perasaan ini tidak menyesatkan aku
Gantikanlah perasaan ini
kepada perasaan kasih kepadaMu Ya Allah,

Ya Rahman,
Gantikanlah kepada
Kasihku terhadap agamaMu..
Gantikanlah kepada
Kasihku terhadap kekasihMu..

Ya Allah,
Sesungguhnya hanya engkau mengetahui
Hati ini....
Bantulah aku tatkala ia menjadi sedih..
Seperti kata-kata indah iaitu
"La Tahzan ya ukhti" Allah sentiasa bersama orang-orang yang mengingatiNya.

InsyaAllah, kuatkanlah mujahadah aku Ya Allah

Sehelai Kertas

Sehelai Kertas
Yang licin, putih, serta bersih
Mudah sahaja untuk dikotori




Suatu hari telah aku memberikan kepada seseorang sehelai kertas yang bersih lagi putih. Aku berpesan kepadanya supaya menjaga kertas tersebut baik-baik. Jangan biarkan sedikit celaan punterkena terhadap kertas tersebut. Namun kamu menghampakan aku setelah sekian lama, kamu kembalikan kertas tadi dalam keadaan terkemek sana sini. Aku pun mengambilnya kembali. Dan menjaga kertas itu semula.




Setelah sekian lama, aku memberikan kertas yang sama kepada seseorang kembali. Aku meminta dia supaya menjaga kertas tersebut baik-baik juga sama seperti yang terdahulu. Kamu pun berjanji akan menjaganya baik-baik. Namun seperti yang terdahulu kamu jua kembalikan kepada aku. Walaubagaimanapun, keadaan kertas tersebut telah menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Terdapatnya kesan contengan serta koyak-koyak. Aku pun meminta kembali kertas tersebut.




Akhirnya, seseorang datang kepada aku dan kata ingin menjaga dengan baik kertas tersebut. Aku pun mempercayai kata-katanya. Sehari demi sehari berlalu aku melihat dia menjaga kertas tersebut dengan baik. Kesan-kesan contengan tersebut dipadamnya. Kesan koyak yang terdahulu dia elokkan. Namun bekas yang tertinggal dia tidak mampu untuk hilangkan. Bulan demi bulan bersilih ganti, akhirnya dia sudah bosan untuk menjaga kertas tersebut. Kertas tersebut kembali menjadi lebih teruk berbanding yang terdahulu. Terdapat banyak lubang-lubang yang telah ditebuk di situ.




Aku menjadi kecewa, lalu mengambil semula kertas tersebut. Aku mengatakan biarlah jika kamu tidak mahu menjaga kertas ini, biar aku sahaja yang menjaga dan merawat kertas ini kerana kamu semua sering melukainya. Kamu sering mencontengnya, mengoyakkan, dan menggumalnya. Biarlah aku yang menjaga sehelai kertas yang rapuh ini sehingga seseorang yang benar-benar ingin menjaganya datang.

Wednesday, December 7, 2011

Tolonglah jangan perasan!

Pernah tak kalau kita post sesuatu di facebook, di skype, mahupun di blog mengenai sesuatu sajak mahupun pantun yang kadang-kadang sadis itu tidak semestinya untuk mr.X. Faham tak?

Masalah betullah kalau orang yang memang serba salah ini, kalau perkara itu tidak dirujuk kepada dia yang ingin sangat terasa kenapa? Tak semua orang ingin bercerita mengenai kamu pun mr.X. XP

If you are not happy with me than its up to you do not read my blog!

Saya tak pernah suruh awak stalk habis-habisan pun. Entri yang awak terasa sangat itu sebenarnya untuk orang lain. Tak perlu ingin sangat sakit hati dengan saya juga.

You go on with your life way over there, and i will go on with my life here.


Saya sudah tak larat ingin berperang dingin dengan awak. Biarlah hanya Dia sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati masing-masing.

Fenomena ombak rindu??

Sejak akhir-akhir ini semuanya bercakap mengenai Ombak rindu (filem) adaptasi daripada novel. Apalah yang agak-agaknya menarik sangat? Adakah disebabkan oleh Aaron Aziz? Atau pun Maya Karin? Atupun Lisa Surihani?

Tak faham betullah, sampaikan malam sebelum test juga sanggup keluar pergi tengok wayang =_=''
Tak mengapalah sebab tabiat dan kapasiti seseorang belajar itu berbeza mengikut individu.


Kalau online facebook semuanya nak cakap atau post pasal ombak rindu. Memang suatu yang pelik jugalah, samapikan seorang sahabat boleh nak merajuk sebab tak menemani dia pergi tengok wayang. (what the??)


Pada saya apabila saya tanya mengenai jalan cerita itu sendiri mereka mengkondem pelakon-pelakon tersebut. Haiisshh... manusia.. manusia.. Apabila di tanya mana lebih menarik novel atau pun filemnya, kebanyakannya menjawab novelnya tapi filemnya pun best tapi mestilah ada selingan kritikan.


Apa-apa pun fenomena ombak rindu atau tidak, fenomena yang bakal mengegar mahasiswa adalah fenomena FINAL yang semakin menghampiri sehari ke sehari.

Maafkan aku pabila aku tidak menerima kamu

Semua juga pernah bercinta, suka, minat, sayang dan seangkatan dengannya. Saya juga pernah begitu. semua pernah merasa ingin dikasihi dan disayangi. Fitrah manusia. Namun harus mempunya batas-batasnya. Islam telah menggariskan panduan tersebut hanya kita perlu mengikut sahaja.

Pelbagai sebab juga aku tidak menerima kamu. Biarlah kamu ingin katakan aku ini jual mahal. Ataupun kata-katamu mengatakan bahawa kamu terima diriku seadanya termasuklah jual mahal kerana itu suatu kualiti pada saya. Maafkan saya jika saya nyatakan bahawa kita sebagai seorang sahabat.

Aku tidak ingin ber"couple" mahupun bergelumang dengan perasaan terlalu sedih tatkala kecewa ditinggalkan orang yang bukan mahramku. Aku sudah sekian lama beriktiar untuk berubah ke jalan yang di redhaiNya. Walaupun susah namun aku akan terus cekal serta berikhtiar dengan cara Islam.

Mungkin kamu ingin mengenali aku, tipulah jika aku katakan aku tidak ingin mengenali kamu. Namun itu semua hanyalah nafsu semata-mata. Jika benar kamu ikhlas dan jujur dengan kata-katamu. Kamu jua harus menjaga pergaulan kamu dengan saya. Aku bukan ingin mempermainkan perasaan kamu.

Cuma... cuba fahami perasaan saya. Awak mengenali saya daripada sahabat awak, memang sahabat kamu juga sahabat aku. Kamu berdua baik, namun bukan sekadar itu sahaja yang diperlukan. Saya tidak baik seperti yang awak sangkakan. Namun saya sangat terharu juga tatkala kamu sering menyebut saya seorang yang baik. Semoga kata-kata awak menjadi suatu doa buat diri saya. Amin~

Selagi mana awak mampu, kita tamatkanlah zaman universiti kita. Kita hanya berkenalan dahulu. Awak juga kata tidak kisahlah dua tahun sahaja lagi sebelum konvokesyen, Tak salah kalau kita menunggu sesuatu yang baik. Jika benar kita mempunyai jodoh maka tak akan ke mana pun. InsyaAllah kerana saya tidak akan ber"couple2" lagi.