Remember

Wednesday, December 21, 2011

Rindu dalam diam

Manusia tidak akan lekang daripada berasa rindu. Rindu itu hadir tanpa diduga. Rindu juga hadir tanpa dipinta. Kerinduan itu membuahkan hasil yang nostalgik. Di mana kita mesti teringatkan sesuatu mahupun seseorang. Andai kehadiran rindu itu hadir, jangan menolaknya ke tepi bahkan terimanya dengan hati yang redha.

Bersyukurlah diatas kurniaanNya kerna kita masih mampu untuk berasa kerinduan itu. Kerinduan biasanya terjalin antara hubungan sesama manusia. Semestilah kita pernah menyayangi seseorang saat berada kejauhan itu pasti akan timbulkan perasaan rindu itu. Andai kamu sudah berpisah sekali jua, rindu kepada dia pasti terbit ada masa.

Kerinduan yang terbit itu terkadang kita menafikannya kerna diri sendiri tidak mahu mengakui. Terkadang diri berada dalam keadaan dilema sama ada benarkah aku menyayangi dia lagi?
Benarkah rindu ini hadir kerna aku terfikirkan dirinya? Jawapannya terkadang kita sendiri mengetahuinya. Yang lebih Arif mengenai diri kita adalah Pencipta kita sendiri.

Apalah sangat jika merindui seseorang yang telah lama pergi pun, tidak salah. Biarkanlah ia berlabuh dengan sendirinya. Andai ia terjadi, dan menyeksa sanubari kita. Maka.......

Biarlah rindu itu dalam diam.

No comments:

Post a Comment