Remember

Wednesday, April 18, 2012

Begitu indah Allah ciptakanmu




 Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

#FACEBOOK#
Peringatan buat diri sendiri & dan wanita :)

Tuesday, April 3, 2012

Malam Permata Gemilang 2012



 (Memang tengah demam-demam inilah mood menulis blog ni datang =_='' memang pun......)

Malam Permata Gemilang merupakan majlis tahunan kolej yang dahulunya merupakan majlis yang di asingkan antara Kolej 9 dan Kolej 10. Malam Permata Gemilang  telah di adaptasikan daripada program Kolej 10. Untuk pengetahuan kalian, Kolej 9 nama program bagi majlis tahunan ini ialah Malam Cahaya Srikandi.

Sedangkan pada 1 Januari 2012 dengan rasminya Kolej 9 dan Kolej 10 telah bergabung dibawah satu pentadbiran :)


Alhamdulillah memudahkan gerak kerja bagi kami yang perempuan supaya tidak mengangkat barang-barang yang berat.


Pada tahun sebelum ini tema majlis makan malam (diner) kolej 9 adalah black-orange glamaricious manakala kolej 10 pula temanya bola. Pada saya, tahun sebelum ini majlis makan malam kolej tidaklah sebegitu meriah kerana pelbagai masalah teknikal yang berlaku. Para ahli jawatankuasa juga tiada pengalaman. Namun, berkat hasil usaha mereka majlis tersebut berjaya hingga ke penghujungnya.






Kini, majlis makan malam pada 31 March 2012 pada saya sangat berjaya dan mengagumkan kerana kami berjaya mendapatkan peserta seramai 730 orang mahasiswa kolej kediaman. Banyak susah payah sebelum program berlangsung yang membuatkan para ahli jawatankuasa STRESS. At the end of the day, kami sangt berpuas hati dengan hasilnya.




Kebanyakan persembahan dilakukan sendiri oleh para Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9-10. WoW! Mereka sangat berbakat. Okay, memgakui suara mereka sedap untuk didengari. Majlis tersebut seperti ala-ala berada di HOTEL~ Untunglah hari tersebut shif tugasan daripada unit peralatan-> unit penyertaan-> kepada waitress :D


Alhamdulillah, pada saya this is the best dinner kolej sebelum saya berangkat pergi untuk exchange student program to UK.


Terima kasih banyak kepada teamates JKM K9-10 2012 kerana memberi the best effort untuk menjayakan program ini.


Seandainya kamu kata begitu



Suatu hari kamu nyatakan
Bait-bait yang mampu meruntunkan hati ini
Walaupun niat kamu baik
Walaupun nasihat kamu itu baik
Walaupun kata-kata kamu itu doa buatku

Suatu ketika kamu nyatakan
Sebelum ini jua pernah kamu perkatakan
Hati ini terima juga seadanya
Namun untuk mendengar bait tersebut...
Membuat ku sayu

Suatu masa itu berulang lagi
Alhamdulillah Ya Allah
Dia sering mengingatkan ku
Dia tidak jemu menasihati ku
Namun dalam katanya juga mampu mengusik hati

Ayat terakhir kamu kata saat itu
" Seandainya kamu berjumpa dengan seseorang yang lebih baik daripada dirinya, dan kamu menyukainya maka beritahulah aku "
Saat itu apa yang bermain dalam fikiran
Mengapa mesti aku yang menjadi pilihan dia?
Kerna ramai sahaja bidadari yang jauh lebih baik
Kerana ramai yang baik itu mendekati dirinya

Tatkala mutiara jatuh
Mengapa aku......?
Dia  jauh lebih baik daripada ku
Dia juga layak mendapat yang terbaik
Seorang muslimah yang setanding dengannya
Sedangkan diri ini masih bertatih..

Namun segala persoalan itu
Ku tidak meluahkan
Kerna ku tahu, pabila mulut bicara
hati bakal luluh
permata-permata jatuh berguguran

Kini persoalan itu ku biarkan..
Kerna Ya Allah, Ya Rabbul Izzati
Aku mencintainya kerna agamanya
Aku mencintainya kerna cintanya dia kepada agamaMu, Islam
Hanya ku pinta Ya Allah
Peliharalah dirinya daripada kelemahan ku

:'(