Remember

Showing posts with label Sesaaat Kegembiraan. Show all posts
Showing posts with label Sesaaat Kegembiraan. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

Selagi mampu

Dalam lubuk hati ini
Tersingkap suatu rahsia
Sehingga si pemilik jua tak pasti
Suatu rasa yang gembira
Suatu rasa yang sedih
Suatu rasa yang was-was

Selagi mampu
Wahai hati bertahanlah
Perasaan itu suatu anugerah
Anugerah Allah
Kamu mampu menangis apabila sedih
Kamu mampu tersenyum tatkala gembira

Selagi mampu
Ukirlah senyuman di wajahmu
Selagi mampu
Sembunyikanlah kesedihanmu
Selagi mampu
hatimu bertahan

Wahai hati
selagi mana kau mampu
mampu menjadi kotak rahsiaku
Simpanlah segala keluh-kesahku
segala tangisanku
segala dukaku
Rintihkanlah rasamu itu
dalam sujudmu kepada Dia
Tangisilah kepada Dia
dalam doamu
Mengadulah kepadaNya
Dialah yang Maha mendengar rintihan hambaNya



Sunday, February 12, 2012

Senyumanku kembali




Pernahkah kekecewaan menyelubungi diri sehingga menghilangkan sirna dalam hidupmu. Pernahkah luahan kata-kata membeku tanpa sebarang bicara. Andai ini yang berlaku, maka senyuman pada raut wajahmu telah hilang ditelan dek kekecewaan kamu.

Setelah sepemergian kamu selama ini, diri dibelengu duka dan lara. Hanya kesedihan yang terukir pada wajah. Senyuman yang diukir juga penuh dengan kesedihan , kepura-puraan, dan kesakitan yang di sembunyikan dalam hati.

Namun, pernahkah kita mempunyai seorang sahaja yang mampu memberi sirna kembali dalam hidup kita. Andai kamu bertuah kamu akan bertemu ramai. Namun bagi diriku seorang sudah memadai. Seseorang yang mampu mengubat hatiku dan mengembalikan kegembiraan dalam senyumanku.

Yang mampu terungkai setelah sekian lama terkunci disebalik kesedihan. Alhamdulillah ku ucapkan kepada Mu Ya Allah kerna dengan izinMu aku bertemu dia. Dialah yang dalam ku tidak sedar, dia mampu mengembalikan senyuman ku. Senyuman dan gelak tawa ku, yang sahabat ku yang lain tidak mampu untuk membuka kuncinya.

Hari silih ke bulan, dia mampu menjadi semangat kepada aku. Dia mampu membuat aku senyum. Akhirnya rantai-rantai yang membelengu kesedihan ku terputus jua..

Andailah engkau tahu betapa pentingnya perkenalan kita kepada aku, Ingin aku katakan terima kasih kerana mengembalikan senyumanku kembali.



Kamu selalu sahaja mampu buat aku tersenyum, walaupun kamu tidak akan pernah nampak aku senyum selalu. Tapi aku tahu, berapa kali kamu buat aku tersenyum. Dengan kehadiran kamu jua membawa infinit senyuman dalam diri aku.

Tulus ikhlas :)

Thursday, January 26, 2012

Senior's Advice

This picture seems cute! But it has no relevan to the entry :)


Assalamualaikum wbt & Good day!


Okay, today's entry is going to be in english! It's been a while since i have witten an entri in english. Today's entry is all about what my senior's advice for me and my friends.

She has graduated by now, congrats. Although you are a bit talkertive but i really respect you! You are the first senior i have been close to since my arrival at University Technology Malaysia :) Praise be to Allah. May we see each other again someday.

She advised mostly on studies....
At times when i was feeling a bit depressed thinking about my grade and semester pointers.. she would always give advise.

try Harder and smarter tasha. Here in the university lifestyle you should actually know what is your objective. (the problem is I don't understand my objective =_=''') But the most importantly you should know that study is more important than anything. Being active in college, faculty, or university is a good thing.  However, you should know how to prioritize your lifestyle.

T-T oh! that hurt a lot. Because that is my weakness.

You do not realize how much your friends can really help you out :) (Hurm... the friends i'm close with is in a different course than me) If they ignore you, just go and annoy them. Tasha remember when there is a will there is  a way. Never give up even when all else looks down upon you. When people ask you for help you should try and help them. Sometimes they tend to be a motivator for you to study.

T-T okay. So, now i need to improve my relationship with my coursemate.

lastly she said, Tasha whatever you do remember Allah swt & our beloved Prophet. Be sincere in everything you do. Never leave or delay your prayer. Try and understand Islam our religion.Never give up hope because Allah never gives up on you... On all of us.

T-T Nice one sis! Respect you!

Monday, December 12, 2011

Sukarnya untuk melupakan

Ya Rabb,
Bantulah HambaMu yang lemah ini,
Aku buntu apabila bermainnya hati ini,
Persoalan yang sering kembali..
Menghantui aku..

Ya Rabb,
Sesungguhnya engkau lebih arif mengenai diri ini
Aku mohon kepadaMu
Supaya redakanlah ingatanku
Supaya redakanlah perasaanku
Terhadap dia..

Ya Rahman,
Gantikanlah perasaan ini..
Supaya perasaan ini tidak menyesatkan aku
Gantikanlah perasaan ini
kepada perasaan kasih kepadaMu Ya Allah,

Ya Rahman,
Gantikanlah kepada
Kasihku terhadap agamaMu..
Gantikanlah kepada
Kasihku terhadap kekasihMu..

Ya Allah,
Sesungguhnya hanya engkau mengetahui
Hati ini....
Bantulah aku tatkala ia menjadi sedih..
Seperti kata-kata indah iaitu
"La Tahzan ya ukhti" Allah sentiasa bersama orang-orang yang mengingatiNya.

InsyaAllah, kuatkanlah mujahadah aku Ya Allah

Monday, November 28, 2011

Pergi! Jangan kembali~



Disaat awak minta saya jangan sayangkan awak lagi 
Nadi jantung saya bagai terhenti
Saya tak pasti
Apakah mampu saya nanti 
Menjalani hari tanpa awak lagi
Sunyi . .
Sepi . .


Tiada lagi senda gurau awak menghiasi
 Tiada lagi ucapan selamat pagi
 Tiada lagi permintaan berjumpa kita dalam mimpi


 Pergilah. . .
Kalau awak mahu pergi
Bahagia awak. .
Bahagialah saya di sini. .
Untuk segala rasa yang kita pernah lalui
 Jadikan saja kenangan di sudut hati 
Andai nanti awak merindui
Begitu lah juga saya di sini. . .




p/s : Janganlah kita ingin terlalu berharap sangat kepada manusia kerana mereka akan kecewakan kamu tetapi berharaplah kepada Allah keran Dia tidak akan pernah mengecewakan kamu.

Monday, November 14, 2011

Selamat menjawab peperiksaan SPM

Di sini saya hanya ingin mengucapkan Selamat menjawab peperiksaan SPM kepada semua yang menduduki peperiksaan tersebut. Semoga kalian semua dapat menjawab semua soalan dengan tenang. InsyaAllah.

Maaf terlambat untuk memberi kata-kata semangat :)

Di harapkan semoga semua junior saya dan saudara mara saya mampu untuk menjawab SPM. Tidak di lupakan juga kepada my dearie brother juga. Along sentiasa doakan kesejahteraan kamu di SMV Tanah Merah, Kelantan dan berharap kamu pulang dengan kejayaan juga InsyaAllah. Try your best!


Sunday, November 13, 2011

Please Let me be




Even though it's over...

I still feel like crying...

Just let me be...





Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kini menjelangnya Hari Raya Aidiladha 1432 Hijriah. Alhamdulillah masih di panjangjkan umur untuk merasai Aidiladha. Syukur.

Okay, Aidiladha disambut oleh seluruh umat islam. Ia dikaitkan juga dengan pengorbanan. Sebab itulah kita buat korban. Tapi kenapa kita buat korban sebenarnya, tersingkap kisah disebalik kejadian ini.

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.


Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail . Siti Hajar berkata, "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti." Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."


Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, " Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya. "


Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, " Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku ."


Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim . Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.


Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.


Sepeninggalan Nabi Ibrahim, iaitu sejak Siti Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis. Fikirannya bertambah runsing disebabkan diganggu oleh syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.
Pada suatu hari, dari jauh Siti Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.


Maka dengan segera dia pergi mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk disembelih.


Siti Hajar menangis bukanlah disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah dan tidak mudah digoda oleh syaitan.

Begitulah kisah disebalik Hari Raya Aidiladha :)

Alhamdulillah tahun ini Hari Raya Aidiladha, dapat jumpa semua sepupu. Itulah yang paling menggembirakan suasana dimana keluarga-keluarga berkumpul di bawah satu bumbung dan meluangkan masa bersama-sama.

Aidiladha tahun ini juga seorang sepupu, akan pergi ke Istanbul,turkey :)
Rezeki dia~ Alhamdulillah

Harap saya pula dapat pergi ke UK tahun hadapan. InsyaAllah :)

Saturday, October 15, 2011

Key of Memories (6) Buat Abah

Buat Abah..

Abah...
Seorang insan yang tabah
Mengharungi liku kehidupan
Demi mencari sesuap nasi buat kami

Abah...
Terdapat banyak panggilan buatmu
Abah, ayah, daddy dan walid
Namun tanggungjawabmu tetap sama

Abah...
Kamulah kekuatan dalam keluarga
Kamu jua yang bekerja keras
mendidik serta membimbing anak-anakmu

Abah...
Tanpa kamu tiadalah aku
Tiadalah adik-adik ku
Kamulah satu-satunya Abahku

Abah...
Sungguhpun kamu banyak berdiam
Namun dalam hatimu
Sangat menyayangi anak-anakmu

Abah...
Tahulah bahawa anakmu menyayangi kamu
Sungguhpun banyak ragam kami
Namun kamulah kami hormati

~Saya sangat menyayangi kamu abah~

p/s : Pada 15/10/2011 merupakan Hari lahir Abah tercinta. Selamat Hari Lahir Abah! Saya sangat menyayangi kamu dunia serta akhirat. Tiada pengganti lain buat dirimu. Rindu Abah sangat.. Teringin sahaja ingin pulang ke rumah....................................




Tuesday, October 11, 2011

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


credit to blog khairulabdulhalim.blogspot.com

Salaamun 'ala manittaba'al huda.

Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan. Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap
 wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar
 dan tidak adil. Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan
 masing-masing.

Keluhan wanita pertama:
“Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. 
Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan 
auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang.”

Keluhan wanita kedua:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
 pulak? Padahal suami nak keluar kemana-mana pun tak bagitau 
kami takpe pulak.”

Keluhan wanita ketiga:
“Jika kita ikut faraid, ikut surah an-Nisa dalam hal pusaka, rugilah 
kita Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya 
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?”

Keluhan wanita keempat:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak 
melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita, 
masa nak beranak kita yang tanggung sendiri!”

Keluhan wanita kelima:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam
 cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum
hawa?”

Keluhan wanita keenam:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri 
tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan wanita ketujuh:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, 
takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat 
dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak”.

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya 
mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut. Setelah disoal dengan soalan-soalan diatas,
 lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu tersenyum, seraya
 menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab:
“Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal 
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
 teraman dan terbaik, kan? Emas dan permata pun tak sanggup 
kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita 
simpan di rumah atau dalam peti selamat kan? Jika anda letakkan 
perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan 
barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat 
ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali 
muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki.

Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab:
“Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? 
Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih 
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak
 perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat
 pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA
 dosa yang anda lakukan.”

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab:
“Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki,
 tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak
 lakukan apa saja yang dia mahu. Tak perlu dikongsi dengan 
sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan
 harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia 
ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia.”

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab:
“Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung
 dan melahirkan. Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh
 sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!!
 Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah…
 itu mati syahid dan ganjarannya syurga.”

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
 bertanggungjawab ke atas empat orang wanita. Mereka ialah isteri
 saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
 Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu 
oleh empat lelaki, Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah
 anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda.”

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab:
“Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah s.a.w.
 lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid? Kami
 lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda
 sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai
 tanpa perlu susah payah. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya
 dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan 
Ramadhan, menjaga kehormatan dan…….taat pada suami anda. 
Itu saja.”

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita
 jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada
 Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala 
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Itu
 janji Allah pada kamu.”
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: “Sebenarnya, apa lagi yang 
awak mahu, wahai kaum hawa?”

Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, 
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri 
yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami
 berbanding kaum lelaki!”
-------------------------------------------------------------------------------------
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha
 Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya malah
 peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan
 dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
“Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
 bagimu, dan barangkali ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal 
ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak
 mengetahui.”
[al Baqarah, 216]

Jadilah Muslimah Acuan Al-Quran 


credit to blog 
khairulabdulhalim.blogspot.com

Program First Year Experience FBB



Program First Year Experience (FYE) Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan!! Inilah pertama kalinya program ini secara formalnya dianjurkan.
Alhamdulillah semua berjalan lancar sungguhpun gerak kerja hanyalah seminggu namun kami senior-senior FBB sangat gembira sebagai penggeraknya dan tidak lupa juga kepada penasihat-penasihat program kami ^^v
Terima kasih sangat~

Di sini ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar tahun pertama biosains dan biologi industri! Batch kedua program empat (4) tahun..

Berkenalanlah dengan senior-senior kamu yep, alang-alang sudah tinggal dalam satu kolej yang sama :))









p/s program ini sudah lama berlalu semasa bulan sembilan (9) lagi tetapi di sebabkan kekangan masa tiada masa untuk menceritakannya. :)

Voluntary Teaching #part 2

Ini adalah sambungan kepada part 1 pada hari yang sama juga. Cuma ini adalah untuk melihat kreativiti anak-anak muda kini :))

Alhamdulillah! pendekatan yang kami lakukan melalui permainan "Scavenger Hunt" berjaya menceriakan suasana dalam rumah tersebut.

"Scavenger Hunt" merupakan permainan menduga kepantasan berfikir, kekreativiti dan kepimpinan mereka. Permainan ini dimainkan  dengan mencari 15 gambar yang di sebut di dalam surat khabar yang di beri dan kemudian mereka sebuah cerita berdasarkan gambar-gambar yang telah mereka temui.

Inilah salah satu daripada 7 kumpulan adik-adik rumah barakah~


Wednesday, September 28, 2011

Fruitful Friday #7 Hati Oh Hati!

HATI, KAU KENA KUAT..✿

HATI...kau kena kuat, jangan cepat mengalah..jangan cepat melatah, kalau kau kuat, insyALLAH..tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah..

HATI..jangan kau taksub dengan cinta dunia..cinta itu sementara, mungkin kau tidak bisa dapat cinta sesama manusia, tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk Penciptanya..

HATI..jangan kecewa..manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa tapi Allah sentiasa ada..sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya..

 HATI..Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tidak mampu untuk menghadapinya...Allah tahu kau kuat, setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia, bangunlah kau menghadapNya..DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milikNya..

 HATI..kau jangan menangis..kau jangan sedih..Allahkan ada..

p/s : Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif, menTAFSIRkannya secara positif dan BERTINDAK secara positif..ya ALLAH, berikanlah aku hati itu untuk meneruskan PERJALANAN ini..amin..❤

Wednesday, September 21, 2011

Buatmu yang bersendirian

Buat diri-diri yang masih sendiri dan mencari-cari,
Bersabarlah,
Yakinlah di sebalik keseorangan itu,
Punyai hikmah yang hanya Allah sahaja mengetahuiNya,
Meski waktu terus berlalu, tapi tiada orang yang pandang,
Namun tidak bermakna penantian itu adalah sia-sia,
Saat perjalanan dalam kehidupan ini, adalah pencarian,
Hakikatnya,
Justeru itu, gunalah waktu itu sebaik-baiknya,
MUHASABAHlah diri kita dan,
TARBIAHlah diri kita dan,
PERBAIKIlah diri kita,
Moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu,
Bersabar dan berdoalah,
Agar kita diperteguhkan iman,
Sehingga sampai saat kita dipinang,
Sesungguhnya, kita tidak sendiri,
Kerana Dia sentiasa di sisi kita,
Dan yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita ,
Dengan ganjaran Allah di sana nanti,
Kerana Dia yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk kita,
Mungkin lama-lama kita tunggu,
Kerana Allah ingin berikan jodoh yang terbaik buat kita,
Jadi yakinlah dengan janji Allah,
Kerana itu adalah PASTI.
INSYAALLAH.....

Tuesday, September 20, 2011

Hearts Secret



A secret was kept..
In a lonely road and alley
I walked
I lost my way
So many roads in front of me
So many choices
I would like to ask
But
No one was there
I searched every nook and alley
Hence, i was alone
In the silence ofdarkness
Tears flowing without noticing
Ponder all I want
Cry all I want
I want to find light..
I am afraid.
There are various path.
One look as though something had died
One look as though no one ever walked
One look as though it was too beautiful
that it was impossible anyone would dare to walk
As I stop there
I will not look back again
I have decided to follow
What may come..
Come what may..
I am ready..


This is actually, a similar story of what is inside your heart. A heart can contain many uncertainty deep within. No matter how many times we face difficulty we should be ready to face it. In life there are many choices and roads. Some choices seems nice and safe, some seems aery and full of thorns.. but what outcome it give to us is unknown.

Remember Allah will always be there for us. He would never abandon nor forget us. Only it is always us who forgets Him.

InsyaAllah. Amin.