Buat diri-diri yang masih sendiri dan mencari-cari,
Bersabarlah,
Yakinlah di sebalik keseorangan itu,
Punyai hikmah yang hanya Allah sahaja mengetahuiNya,
Meski waktu terus berlalu, tapi tiada orang yang pandang,
Namun tidak bermakna penantian itu adalah sia-sia,
Saat perjalanan dalam kehidupan ini, adalah pencarian,
Hakikatnya,
Justeru itu, gunalah waktu itu sebaik-baiknya,
MUHASABAHlah diri kita dan,
TARBIAHlah diri kita dan,
PERBAIKIlah diri kita,
Moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu,
Bersabar dan berdoalah,
Agar kita diperteguhkan iman,
Sehingga sampai saat kita dipinang,
Sesungguhnya, kita tidak sendiri,
Kerana Dia sentiasa di sisi kita,
Dan yakinlah Allah sentiasa bersama dengan kita ,
Dengan ganjaran Allah di sana nanti,
Kerana Dia yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk kita,
Mungkin lama-lama kita tunggu,
Kerana Allah ingin berikan jodoh yang terbaik buat kita,
Jadi yakinlah dengan janji Allah,
Kerana itu adalah PASTI.
INSYAALLAH.....
No comments:
Post a Comment