Sejak melangkah semula ke dalam UTM, selalu sangat rasa bersalah antara tanggungjawab dan perasaan. Sangat menduga hati ini, sebab rasa terbeban sangat. Bukan kerana kerja yang menimbun. Tetapi kerana tidak cukup masa untuk berehatkan diri serta minda.
Siapa nak berasa seperti dihimpit dengan assignment sewaktu ingin melelapkan mata?
Kadang-kadang rasa seperti ingin menjerit tetapi tidak mampu. Sebab selalu juga mengingatkan diri sendiri janganlah nak mengeluh sangat. Ini ujian Allah swt kepada aku... pujuk hatiku...
InsyaAllah, aku mampu menghadapi ujian ini. Sungguhpun bakal diiringi air mata... Namun tetap akan tabah mengharunginya.
Amin~
No comments:
Post a Comment