Remember

Wednesday, September 21, 2011

Sesayu pesanan hati



Secarik pesanan semasa bercinta dan berkasih sayang. Di temui kata-kata ini sebagai pedoman buat diriku dan sesiapa sahaja. Tiba-tiba teringat kepada dirimu dan kenangan kita selama ini. Semuanya telah berlalu...


Aku di dunia ini bukan mencari orang yang sempurna untuk dicintai, tapi aku akan mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna (aRya)

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan~ Mahatma Ghandi

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)


No comments:

Post a Comment