Remember

Friday, September 9, 2011

Key of Memory (4) Happy 20th Birthday My Dear~




Selamat Menyambut Hari Kelahiran ke-20 my dear ^^

Tetapkan azam dalam hati untuk memulakan perjalanan hidup baru dengan cabaran yang baru. Setiap insan berbeza dari segi cabaran yang mereka hadapi tiada yang sama, mungkin situasinya sahaja yang serupa.

Alhamdulillah, tersimpan niat dalam hati ingin berubah ke arah yang lebih baik.
Setiap perjalanan bermula dengan selangkah... InsyaAllah. Perjalanan telah pun bermula tidak tahu di mana penghujungnya. Mungkin penghujungnya adalah saat sakaratulmaut kelak.

Menggigil diri ini apabila memikirkan tentang ajal..
Bersyukur ke hadrat Ilahi, sudah 20 tahun hidup dalam alam ini.

Sungguhpun aku tidak dapat menyambutnya bersama si dia.
Sungguhpun aku menyambutnya dengan tangisan.
Namun aku masih gembira kerana dapat menyambut bersama keluarga tercinta.

Merekalah segalanya buat aku...
Bukan si dia, yang hanya sebagai singgahsana..

Begitu juga, saya dapat menyambutnya bersama dengan sahabat tercinta saya..
Seorang sahabat yang tidak lekang memberi nasihat
Seorang sahabat yang mampu buat aku tersenyum
Seorang sahabat yang mengenali diriku
Dan....
Aku menyayangi sahabat ini..

Segala pertemuan aku dengan semua insan-insan ini bukanlah secara kebetulan. Namun ia merupakan pertemuan daripada Allah swt. Dan aku bersyukur sangat....


No comments:

Post a Comment