Remember

Showing posts with label Disebalik yang tersurat. Show all posts
Showing posts with label Disebalik yang tersurat. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Puisi: Bunga dalam taman





Sungguh indah diciptakan dirimu
Diibaratkan seperti bunga dalam jambangan
Bukankah diciptakan Hawa dalam pelbagai
Serupalah bunga jua
Sungguhpun mata melihat ia seakan serupa
Namun ia tidak sama

Aku hanyalah sekuntum bunga
Dalam ribuan bunga dalam taman
Adakah kamu mampu mengenali daku?
CiptaanNya sungguh menarik perhatian
Alhamdulillah kerna mampu memilih

Terpeliharalah bunga di dalam taman
Sering dibajai dengan tarbiyah oleh dua pekebun
Pekebun itulah yang mencurahkan kasih sayang mereka
Mereka menyirami kamu tatkala kamu kehausan
Mereka pelihara kamu apabila anasir jahat ingin mendekatimu
Akulah bunga yang bahagia, Alhamdulillah

Dalam keletihan mereka
Melihat hasil yang mereka peroleh
Panjatnya rasa syukur kepada sang pencipta
Ku terdengar tatkala mereka berdoa
Ya Rabbul Izzati, engkau peliharalah mereka itulah sebaik-baik didikan yang kami berikan
Allahu Rabbi, hujan mula membasahi bumi
Seakan memahami tersirat di hati

Kuntuman bunga itulah aku
Dalam jutaan bidadari dunia lain
Aku mengetahui aku tidak sebaik bunga-bunga lain
Namun didikan yang telah diberi oleh para pekebun
Yakni kedua ibu bapaku telah mengajar serta membimbingku dan mengasihi daku
Ya Allah engkau rahmatilah mereka rintih hati ini
Kerna aku mahu mereka bahagia dalam hadiahmu yang tidak ternilai
Yakni SyurgaMu

Akulah kuntuman bunga
Yakni seorang anak gadis
Yang sering terlupa hukumMu
Semampunya Ya Rabbi
Aku mahu memberikan kebahagiaan kepada mereka
Namun aku persiapkan diri sebagai seorang anak perempuan yang baik
Aku tidak mengharapkan gelaran solehah mahupun gelaran muslimah sejati
Aku hanya inginkan persiapan diriku dengan mengikuti segala perintahmu
Dan meninggalkan laranganMu
Sebagai hadiah buat mereka ketika bertemuMu, Ya Allah
Diiringi doa daripada anak-anak mereka

Aku tidak berharap digelar solehah mahupun muslimah oleh manusia
Kerna aku tidak hanyalah insan yang sering melakukan dosa
Aku tidak berharap yang menemani diriku seorang pejuangMu Ya Allah
Kerna aku malu dengan diri ini..
Namun hari silih berganti aku bersemangat demi memahami Ad-dinMu
Demi menjadi seorang anak yang mampu membantu ibu bapanya kelak
Demi bergelar seorang isteri dan kelak mendidik anak-anakku

Begitulah pengharapan bunga
Tiada bunga yang ingin dipetik tanpa alasan
Bunga-bunga inilah janganlah jadikan dirimu
Sebagai perhiasan untuk dipertontonkan

Friday, May 11, 2012

Puisi: Bidadari Dunia



Wahai wanita
Tahukah kamu bahawa
Dirimu begitu berharga
Diibaratkan seperti bidadari dunia

Wahai wanita
Tahukah kamu bahawa
Allah subhanahu wa ta'ala telah menurunkan sesuatu yang istimewa buat dirimu
Yakni sebuah surah yang diberi nama Sura An-nisa buat rujukanmu

Wahai wanita
Seandainya kamu menegtahui
Sebaik-baik hiasan dunia
Mereka yang bercirikan peribadi solehah

Duhai wanita
Ketahuilah bahawa Rasulullah saw
Dalam wasiatnya
Menyatakan bahawa peliharalah kaum hawa 

SubhanAllah, sungguh tinggi & mulianya dirimu
Alhamdulillah

Tuesday, May 1, 2012

Tersiratnya kata #1



Bismillahirramanirrahiim..

Daku ingin menjadi yang teristimewa bagimu
Duhai yang kelak menghuni sisi terbaik hatiku

Aku ingin menjadi makmum yang sering menuruti gerak tauhidmu
Duhai yang kelak menghuni hidupku

Aku akan selalu menundukkan pandangan dan menjaga kehormatanku
Bantulah daku untuk kuatkan iman
Bimbing aku untuk memahami Ad-deen
Aturku untuk menjernihkan hati

Ya Rabb
Maha Penentu segala sesuatu
Hulurkan kepadaku sebuah perisai
Yang melindungi hati
Menyejukkan jiwa
mengharumkan setiap sisi ragaku

Aamiin Ya Rabb




Sunday, March 11, 2012

Mampukah kita menjaga insan bernama ibu?

(Melilau-lilau dalam facebook tiba-tiba terbaca artikel ini...)


Cerita :

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

Istighfar........... Sayu hati kita mendengar berita seperti ini. Tergamak seorang anak, meninggalkan ibunya begitu sahaja. Seandainya makcik ini mempunyai ramai anak untuk menjaga dia, tidak mengapa juga. Namun hakikatnya satu-satunya anak beliau sendiri tergamak melakukan adegan seperti ini. Sedih sungguh masyarakat kini.

Tidakkah anaknya itu berasa serba salah dengan membuat ibunya menangis. Saya sendiri sungguhpun tidak berbuat begitu (nau'zubillah) namun pernah juga terbuat ibu saya sedih. Sayu sangat hati rasa apabila melihat insan yang menjaga, membesar, mendidik dan melakukan pengorbanan terbesar kepada kita mengalirkan air mata walau sebutir sahaja.

Kedua ibu bapa kita haruslah kita menjaga serta berbakti dan disayangi seperti mana mereka menjaga kita sepanjang perjalanan kehidupan kita bergelar seorang anak. Janganlah kita menderhakai mereka T-T

Renungan buat kita bersama.


Friday, March 9, 2012

Aku rindu usrah

(Ketika sedang melalui di hadapan bilik seorang sahabat, terdengar mereka membuat usrah....)




Sebak pula tiba-tiba rasanya hati ini, tapi pada mulanya mengabaikan juga perasaan itu. Berkemungkinan ketika itu hati ini sedang diperkotak-katikan oleh bisikan syaitan supaya berasa marah. Istighfar sebanyak mungkin sehingga tenang kembali.

Rintihan jiwa ini, sering kali merindui usrah itu....

Akal mula berfikir perkara yang mengarut seperti adakah aku tidak layak untuk meneruskan proses tarbiyah melalui usrah? Aku sangat merinduinya... Sedih terbit dalam hati, namun cepat-cepat menyejukkan hati sendiri.

Sudah lama berada dalam IPTA namun kurang sangat mendapat usrah yang sebenar-benar seperti yang diceritakan saudaraku... Aku risau kehilangan arah dalam mendapatkan keredhaan-Nya. Saya cuba mendekati sahabat-sahabat dan bertanya bilakah kita akan adakan usrah lagi?

............... seperti yang disangkakan tengoklah dulu.................. Hampa sangat rasanya......

Saya risau di mana saya terlalu mendesak menginginkan usrah itu sehingga suatu tahap saya sendiri sudah segan dan malu untuk meluahkannya.

Hanya KepadaMu Ya Allah saya merintihkan segala suka duka ku... kerna hanya engkau yang sudi mendengar rintihan hambaMu yang berusaha untuk mendekatkan dirinya kepadaMu.

Saya ingin melakarkan kerinduaan berusrah ini melalui nukilan syeikhut- Tarbiyah Ust Rahmat Abdullah

Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan … 
Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … 
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan … 
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan…. 
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan… 
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … 
Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… 
Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … 
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas … 
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang  berda’wah di desa sebelah … 
Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … 
Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah… 
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … 
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya … 
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya … 
Aku rindu zaman itu … 
Ya Rabb … 
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … 
Ya Rabb … 
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …
 
Semoga kuat hadapi liku-liku seperti ini... dirasakan kekosongan yang mendalam sangat tiada usrah mahupun proses tarbiyah mahupun di tarbiyah... T-T

Friday, February 24, 2012

Cc: Surat #01






 

Assalamualaikum wbt buat kamu di mana sahaja kamu berada. Saya harap kamu sihat sahaja walau di mana kamu berada. Walaupun saya mungkin mengenali mahupun tidak mengenali kamu, namun saya tetap mendoakan kesejahteraan kamu J ? Kamu jagalah diri kamu sebaiknya bukan kerna saya tidak merisaukan diri kamu tetapi saya takut kerisauan saya berlebihan.


Apa khabar iman kamu pada hari ini.  Adakah ia semakin meningkat mahupun menurun? Maaf andai persoalan saya buat kamu terasa hati dengan saya. Jika kamu bertanya kepada saya, saya akan menjawab :“ Maafkan saya awak iman saya setiap hari berubah, sedih untuk saya katakan saya belum cukup kuat mahupun cukup menerusi proses tarbiyyah yang selalu diperkatakan”.


Jika sememangnya kamu ada, mesti kamu akan menasihati saya: “ Awak… iman manusia sememangnya menaik dan menurun tidak seperti iman para rasul terdahulu yang sekian harinya meningkat  manakala iman para malaikat pula senantiasa tidak berubah terhadap Yang Maha Esa. Oleh itu kita adanya proses tarbiyyah diri kemudian mencuba untuk beristiqamah secara berterusan”.


Sayu hatiku apabila mendengar penjelasan kamu, walaupun kamu jauh namun pesanan serta nasihat kamu saya sentiasa ingat. Awak, saya bersyukur ke hadrat-NYA kerna DIA telah menemukan kita L tiada kata-kata yang mampu mengambarkan kesyukuran dan perasaan saya terhadap Allah SWT.


Awak, sudah lama kita berkenalankan? J Alhamdulillah, hampir memasuki 3 tahun.  Awak, saya ada terbaca suatu hadith:
"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." - Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a


Saya ada terfikir sejenak, alangkah indahnya jikalau begini perhubungan kita. Awak, saya takut seandainya kita terpesong daripada jalan serta rahmat-NYA. Saya tidak mahu kita terlalu berlebihan tetapi kita bersederhanalah dalam segala perihal. Pada pengamatan saya, mesti awak fahamkan J. Jika seandainya saya tersilap langkah tegurlah saya, dan saya juga akan berbuat sedemikian terhadap awak.
InsyaAllah & Wallahu’alam~

Monday, February 13, 2012

Sebarkan bahagia

 
 
 
 
 
Bahagia itu bukan destinasi
yang belum pasti
bahagia ada setiap hari
dinikmati oleh hati 
 
Bahagia anugerah Ilahi
berhak dimiliki
buat siapa yang mencari
dengan petunjuk hakiki

Bahagia perlu diciptakan
bukan sekadar diangankan
dalam setiap keadaan
dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
bahagiamu di depan mata
ciptakanlah bahagia
dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

Bye-bye Mr Teddy BearS



Pernahkah kita mendapat hadiah daripada seseorang berupa teddy bear atau patung beruang? Mestilahkan ia diberi sebagai hadiah oleh sahabat, insan tersayang mahupun ibubapa serta sanak-saudara :) Pada kebiasaannya diberi kepada seorang kanak-kanak perempuan mahupun gadis. Kini, gadis dan anak patung adalah sesuatu yang sangat sinonim. Anak patung yang sangat mendapat tempat dihati si gadis-gadis kota mahupun des. ( jadi jangan nak bandingkan sangat orang kota dan desa =_='')

Kenapa tiba-tiba buat entri bertajuk Bye-bye?

Erm.. Seorang sahabat tegur. Sebab saya juga mempunyai teddy bear :) Bolehlah dikatakan berharga juga. Sudah 4 tahun dapat sebagai hadiah. Namun, kini harus melepaskannya dan memberi kepada pemilik baru. T-T sedih pula.. tapi lagi sedih apabila tidak mengikut syarak.

Namun begitu terdapat beberapa perbezaan pendapat  hukum sebenar memiliki dan menyimpan anak patung .

1.HARAM
Pendapat Imam Manzuri,Baihaqi,Halimi,dan IBnu Jauri
Dalil:
A)Haram kerana illah(sebab) patung yang berbentuk ada ruh(seperti manusia dan haiwan).
B)Menyerupai ciptaan Allah
C)Mungkin boleh menyebabkan fitnah dan khasnya patung-patung yang besar dan sesetangahnya mempunyai suara,bergerak dan sebagainya,
D)Dalil-dalil daripada hadis tentang pengharaman patuh.Antaranya:
ان الملائكة لا تدخل الى بيتا فيها صورة:حديث
Mafhumnya:”Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah padanya patung”

2.HARUS
Pendapat Imam Abdul Rahman Abdul Khalaq,Syeikh Qardhawi dan Abdullah Alwan
A)Tidak ada illah untuk diagung-agungkan,dan tidak ada illah untuk dibuat ibadah malah dihinakan.
B)Hadis Aisyah;
“Aku biasa bermain-main dengan anak-anakan perempuan (boneka perempuan) di sisi Rasulullah s.a.w. dan kawan-kawanku datang kepadaku, kemudian mereka menyembunyikan boneka-boneka tersebut karena takut kepada Rasulullah s.a.w., tetapi Rasulullah s.a.w. malah senang dengan kedatangan kawan-kawanku itu, kemudian mereka bermain-main bersama aku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi di sini kita dapat simpulkan , anak patung lebih bersesuaian dengan anak anak kecil yang belum cukup umur dengan alasan sebagai barang mainan dan tiada niat untuk mengagungkan sesuatu yang tidak bernyawa. Ibu Bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mendedahkan perkara ini kepada anak-anak gadis mereka seawal usia  kerana bak kata pepatah melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dan kepada si gadis yang sudah cukup umur , saya menyarankan supaya menghadiahkan anak patung kalian kepada anak anak perempuan yang masih kecil belum cukup umur dan kalian boleh memilih bantal peluk panjang sebagai teman tidur , ianya lagi bagus dan selesa .


Thursday, February 9, 2012

Istimewanya sebuah nama

Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera :)

Seperti tajuk entrinya, kita akan membincangkan "istimewanya sebuah nama" :)



Andai kita mengimbau kembali kisah bagaimana nama itu menjadi milik kita, mesti kita akan terkejut mendengar kisah ini. Kebiasaannya kita akan mendengarnya daripada kedua ibu bapa kita yang tercinta. Ibu bapalah yang memberi nama kepada kita sebaik sahaja kita dilahirkan daripada rahim ibu kita. Dengan keizinan-NYA serta ketentuan-NYA itulah nama yang telah pun diberi mahupun ditetapkan oleh-NYA.

Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat-NYA dengan kurniaan nama aku. Sesebuah nama melambangkan diri seseorang. Melambangkan diri kita, namun tidaklah ia menggambarkan personaliti kita 100%. Ini hanyalah kajian.

Andaikata kita tiada nama, bagaimana seseorang ingin memanggil kita? 

Mestilah insan tersebut akan memanggil kita dengan gelaran seperti "encik, cik, miss, sis, adik, bro, der, weyh" dan sebagainya lagi. Sedapkah halwa telinga kita mendengarnya? Memanglah ia sopan. Bagaimana seseorang ingin membezakan seseorang itu? Sememangnya kita boleh mengenalpasti orangnya tapi bukankah lagi mudah jika terdapat panggilan/nama untuk dipanggil.

Pernahkah terdetik dalam hati kita persoalan, kenapa kita diberi nama yang sedia ada ini?

Saya pernah. Sewaktu berumur 8 tahun. Wah! mudanya persoalan itu bermain dalam hati ini. Ketika itu saya sangat stress dengan nama saya sendiri kerana nama saya sering dipersoalkan oleh sahabat lain. Contohnya seperti "kenapa nama kau nama barat bukan nama melayu?" dan "apa maksud nama kau yep?". Seringkali menitisnya air mata setiap kali mendengar persolan sebegitu. Sehingga saya pernah membenci nama ini.

Suatu hari, saya bertanya kepada ibu.

Anak  : Kenapa ibu beri nama saya ini?
Ibu     : Kenapa along tanya? (terukir senyuman di wajah ibuku) Along tau semasa ingin mendaftar surat    beranak nama along sepatutnya " Nurul Athirah" tapi apabila abah balik, ibu tengok surat beranak nama along lain.
Anak  : Huh? Kenapa macam tu pula?
Ibu     : :) sebab itulah pilihan abah. Abah suka nama along tu. Mungkin itulah nama along yang daripada ketentuan Allah swt juga.
Anak  : T-T (sedih...) oh.. okay

Setelah perbualan itu, saya sudah tidak pedulikan pertanyaan para sahabat yang lain. Ketika itu, saya mulai menyukai nama saya dan bersyukur sangat kerna dikurniakan nama ini. Oleh itu, biarlah apa yang mereka ingin katakan nama macam orang dulu-dulu, kuno, lapuk, kampung, barat mahupun tiada maksud sekali pun. Ia adalah nama kamu, jadi bergembiralah dengan nama itu :)

Tahukah nama-nama yang paling istimewa? :)

::Asmaul Husna:: Betul!! 99 nama Allah swt. Itulah yang seharusnya kita hayati dan memahami-NYA. InsyaAllah.


P/s : Kerana nama ini jugalah, saya berkenalan dengan kamu dengan izin-NYA :)

Aku hanya sebuah nama. Tiada yang istimewanya hidup sebagai aku ini melainkan keistimewaannya aku masih hidup sehingga kini. Syukur pada yang Esa.

Ismi.......................------->

:)

Monday, January 23, 2012

Tarik Tali Penat...

 Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.

Seperti yang dirujuk pada tajuk entri ini. Hari ini, saya ingin membicarakan mengenai hal tarik tali. (yeay!!) Okay, Tarik tali yang di maksudkan di sini bukanlah sejenis sukan itu.. Untunglah kalau kita sekadar membincangkan tentang sukan sahaja, memang tiada komplikasinya. Namun tarik tali yang saya maksudkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan (T-T). Ya, "tarik tali" besertakan inverted comma.

Tiadalah saya menginginkan suatu perhubungan itu disalah ertikan seperti ini :
"Tariklah sehingga putus talinya"
 
 
 
Tidak! Istilah ini salah. Kalau kita lihat dan pegang pada talinya ia utuh. Oleh itu, kebarangkalian untuk ia putus amatlah rendah. Kejamnya jika saya mengatakan seperti diatas. (Oh! sayu pula). Secara logiknya, apabila kita main tarik tali mesti salah satu pihak ingin menang, betul! Jarang sangat kalau kita lihat kedua belah pihak kalah atau seri atau menang. Ini pun lebih kurang jugalah cuma lebih halus prosesnya :)

Tarik tali yang saya maksudkan dengan istilah lain, kamu mengenali sesorang ini. Kemudian, terbitlah suatu perasaan yang mengelirukan hati (sayang, suka, cinta, kasih =_=''' erk?? dan sebagainya). Terasa takut akan kehilangan dia, kalau tidak bermesej maka berasa sunyi. Kalau merajuk kalah orang bercinta (yeke? pada saya tidak pun). Walaubagaimanapun.....

Dalam suatu sudut kita nyatakan keadaan:
"Kita kawan/member la. Bukan ada apa-apa pun. Tak nak fikir lebih-lebih"
 Dalam maksud ayat tersiratnya :
 
"kamu sayangkan saya kan? Bila saya boleh jumpa keluarga awak?" (bergantung kepada terma dan syarat masing-masing yea)
 
 
Konklusi,
Saya mahu, awak tak nak.
Saya tak nak, awak beriya-iya.
=_=''' pelik sungguh..


Keadaan ini sangat sukar. Pabila ingin 'kenal hati' orang lain, awak akan rasa bersalah sebab awak sangat sayangkan dia. Tapi, hakikatnya korang hanya berselindung disebalik maksud kawan je. Kan senang kalau terus-terang. Nak simpan-simpan, melepas baru tahu. 
 
 
Tetapi.............
Apalah sangat jika kamu merahsiakannya. Pada pendapat saya, jika masing-masing mengetahui jawapan yang samar-samar ini namun pada waktu yang sama kamu ingin menjaga perbatasan antara kamu dan dia tidak salah. Kerana kita sendiri sudah mengetahui untuk membezakan yang mana baik dan buruk.


Benar jika dia sememangnya ditakdirkan buat kamu maka dengan izinNya dialah jodoh kamu yang selama ini menjadi suatu rahsia buat kamu.

p/s : Andaikata kamu sememangnya menyayangi dia, pastikan jangan melebihi sayangnya kamu kepada Allah swt.


Saturday, January 7, 2012

Sabarlah wahai hati

Seringkali aku bertanyakan soalan pada hati
soalan berbunyi " Benarkah aku menyintai dia?"
Berkaca terus mata aku ini..
Sungguh aku mengetahui jawapannya
Namun aku tidak rela menerimanya




Sesungguhnya seringkali terdetik dalam hatiku..
Seringkali aku berharap
Semoga dialah imamku
Yang mampu untuk membimbing aku
Yang mampu untuk menjaga aku, dirinya, serta seluruh keluarga kami


Tatkala terdetik juga saat di mana,
Aku merasakan tidak layaknya aku untuknya,
Sayunya aku rasakan,
Sudah bertahun lamanya sejak perkenalan kita
Perkenalan yang kini berubah menjadi sesuatu yang tidak pasti


Telah terkata olehNya bahawa :
Lelaki yang baik untu perempuan yang baik
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
Ertinya disini : Sekufu
Bolehlah seorang lelaki yang baik mengahwini seorang perempuan yang kurang baik
Diatas sebab lelaki ini seorang ketua.
Namun tidak pula digalakkan bagi seorang perempuan yang baik nikah dengan lelaki yang kuran baik
(Wa'allahualam)


Wahai hati
Bersabarlah.. Jika benar dia juga menyintaimu
Biarkan sahaja kamu pendamkan perasaan ini
Sungguh janganlah melakukan kesalahan yang sama
Kerana kamu sendiri tahu akan akibatnya.

Tuesday, January 3, 2012

letter to mr. hubby-to-be

Dear my hubby-to-be,
Apa khabar imanmu hari ini?
Sudahkan hari mu ini diawali dengan syukur pada Ilahi?
Kerana dapat menatap kembali fananya hidup ini.
Sudahkan air wudhu' menyegarkan kembali ingatanmu
atas amanah yang saat ini sedang kau genggam?

Dear my hubby-to-be,
Tahukah engkau betapa Allah sangat mencintaiku dengan sebenar-benarnya?
Di atas muka bumi ini aku ditempa untuk menjadi dewasa,
Agar aku lebih bijak melayari sebuah kehidupan dan bersedia mendampingi mu kelak.
Meskipun terkadang, ada keluh dan putus asa menyergah,
Namun kini aku rasakan diri ini lebih rasional.

Sesekali, aku tertanya-tanya
Kenapa Allah selalu menguji aku tepat dihatiku?
Bahagian paling rapuh dalam diriku,
Namun kini aku tahu jawapannya.

Allah tahu di mana tempat yang paling tepat,
Agar aku sentiasa kembali mengingati dan mencintai Nya.
Ujian demi ujian yang datang dan pergi,
Insya Allah membuatkan aku menjadi lebih kuat,
Sehinggalah tiba saat waktu untuk kita bertemu,
Ketika itu kau akan bangga apabila telah memiliki hati ku.

Dear my hubby-to-be,
Entah di mana engkau sekarang,
Tetapi aku yakin Allah mencintaimu sepertimana Dia mencintai aku.
Aku yakin Dia kini sedang melatihmu agar menjadi mujahid yang kuat,
Dan ketika itu aku juga akan bangga apabila hati mu telah aku miliki.

Apa yang ku harapkan dari mu adalah kesolehan,
Semoga sama halnya dengan dirimu.
Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan, 
Maka apa yang akan kau dapat adalah sia-sia.

Aku masih haus akan ilmu,
Namun, berbekalkan ilmu yang ada di saat ini,
Aku berharap agar aku dapat menjadi isteri yang boleh mencapai redha Nya
untuk kita berdua.

Dear my hubby-to-be,
Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku,
Tidak lain doaku agar dapat menjadi anak yang solehah,
Agar kelak dapat menjadi tabungan untuk keduanya di akhirat.

Namun nanti, setelah menjadi isterimu, 
Aku berharap agar dapat menjadi pendamping solehah
Agar di syurga kelak, cukuplah aku yang menjadi bidadarimu
Untuk mendampingi dirimu yang soleh.

Aku seorang yang kuat cemburunya,
Tetapi jika Allah dan Rasul yang lebih engkau cintai, aku rela.
Dan begitu juga aku harap akan dirimu.

Aku yakin, engkaulah orang yang aku perlukan,
Meskipun nanti kau bukanlah orang yang aku impikan.

Dear my hubby-to-be,
Ketika kelak telah lahir generasi penerus dakwah Islam dari pernikahan yang halal,
Bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal serta ilmu yang bermanfaat,
Terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah.

Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika ia mekar menghiasi taman-taman,
Maka kini, sedang aku persiapkan diri ini dengan sebaiknya
Untuk menyambut kehadiranmu dalam hidupku.
Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik
Meski bukan umat yang terbaik,
tetapi setidaknya menjadi yang terbaik di sisimu kelak.

Dear my hubby-to-be,
Inilah sekilas harapan yang ku ukirkan dalam rangkaian kata.
Seperti kata orang, tidak semua yang kita rasa,
Dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Itulah yang kini aku hadapi,
Saat kita bersama kelak,
Maka di saat itu kau akan lebih memahami diri ku
Dan sama halnya dengan diriku yang belajar memahami mu.

Be patient dear my hubby-to-be,
Doaku selalu adalah
Semoga Allah memudahkan jalanmu untuk berjumpa dengan bidadarimu.
Semoga Allah sentiasa memeliharamu,
Agar tak tersentuh yang bukan mahrammu, meski hanya dihujung kuku
Agar kau bisa mempersembahkan yang terbaik untuk bidadarimu
Dan sama halnya dengan diriku.
Semoga kita menjadi yang terbaik di sisi Nya.


Sekian :)

Monday, December 12, 2011

Sehelai Kertas

Sehelai Kertas
Yang licin, putih, serta bersih
Mudah sahaja untuk dikotori




Suatu hari telah aku memberikan kepada seseorang sehelai kertas yang bersih lagi putih. Aku berpesan kepadanya supaya menjaga kertas tersebut baik-baik. Jangan biarkan sedikit celaan punterkena terhadap kertas tersebut. Namun kamu menghampakan aku setelah sekian lama, kamu kembalikan kertas tadi dalam keadaan terkemek sana sini. Aku pun mengambilnya kembali. Dan menjaga kertas itu semula.




Setelah sekian lama, aku memberikan kertas yang sama kepada seseorang kembali. Aku meminta dia supaya menjaga kertas tersebut baik-baik juga sama seperti yang terdahulu. Kamu pun berjanji akan menjaganya baik-baik. Namun seperti yang terdahulu kamu jua kembalikan kepada aku. Walaubagaimanapun, keadaan kertas tersebut telah menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Terdapatnya kesan contengan serta koyak-koyak. Aku pun meminta kembali kertas tersebut.




Akhirnya, seseorang datang kepada aku dan kata ingin menjaga dengan baik kertas tersebut. Aku pun mempercayai kata-katanya. Sehari demi sehari berlalu aku melihat dia menjaga kertas tersebut dengan baik. Kesan-kesan contengan tersebut dipadamnya. Kesan koyak yang terdahulu dia elokkan. Namun bekas yang tertinggal dia tidak mampu untuk hilangkan. Bulan demi bulan bersilih ganti, akhirnya dia sudah bosan untuk menjaga kertas tersebut. Kertas tersebut kembali menjadi lebih teruk berbanding yang terdahulu. Terdapat banyak lubang-lubang yang telah ditebuk di situ.




Aku menjadi kecewa, lalu mengambil semula kertas tersebut. Aku mengatakan biarlah jika kamu tidak mahu menjaga kertas ini, biar aku sahaja yang menjaga dan merawat kertas ini kerana kamu semua sering melukainya. Kamu sering mencontengnya, mengoyakkan, dan menggumalnya. Biarlah aku yang menjaga sehelai kertas yang rapuh ini sehingga seseorang yang benar-benar ingin menjaganya datang.

Wednesday, December 7, 2011

Fenomena ombak rindu??

Sejak akhir-akhir ini semuanya bercakap mengenai Ombak rindu (filem) adaptasi daripada novel. Apalah yang agak-agaknya menarik sangat? Adakah disebabkan oleh Aaron Aziz? Atau pun Maya Karin? Atupun Lisa Surihani?

Tak faham betullah, sampaikan malam sebelum test juga sanggup keluar pergi tengok wayang =_=''
Tak mengapalah sebab tabiat dan kapasiti seseorang belajar itu berbeza mengikut individu.


Kalau online facebook semuanya nak cakap atau post pasal ombak rindu. Memang suatu yang pelik jugalah, samapikan seorang sahabat boleh nak merajuk sebab tak menemani dia pergi tengok wayang. (what the??)


Pada saya apabila saya tanya mengenai jalan cerita itu sendiri mereka mengkondem pelakon-pelakon tersebut. Haiisshh... manusia.. manusia.. Apabila di tanya mana lebih menarik novel atau pun filemnya, kebanyakannya menjawab novelnya tapi filemnya pun best tapi mestilah ada selingan kritikan.


Apa-apa pun fenomena ombak rindu atau tidak, fenomena yang bakal mengegar mahasiswa adalah fenomena FINAL yang semakin menghampiri sehari ke sehari.

Sunday, November 13, 2011

Untitle #1



Buatmu yang nostalgik

Hanya ingatan dan kiriman doa sahaja mengiringi langkah perjalanan hidupmu

Yang kian berlalu biarlah ia berlalu

Kita ambil sebagai panduan serta pengajaran hidup




Usahlah berkecil hati sangat!

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo… ook….
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

p/s:  di sini saya ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^ dan seandainya saya berkecil hati juga. Sukar untuk membendung penyakit hati ini.

Saturday, November 12, 2011

Amarah membawa padah

Assalamualaikum wbt


Amarah membawa padah.

Sepertimana tajuknya. Okay! Amarah atau nama lainnya marah. Kita semua tahu bahawa perasaan marah itu merupakan salah satu sifat mazmumah. Perasaan marah juga merupakakan saat dimana hati kita paling lemah. Saat itulah syaitan lakunatullah akan mencuit-cuit hati manusia.

Ketika itulah perasaan marah kita terhadap sesiapapun semakin meninggi. Jika hati kita berada dalam keadaan yang lemah ketika itu maka kita akan terlalu mengikut perasaan amarah kita itu. Jadi kita akan cakap ikut perasaan.

Perasaan marah itu juga merupakan ujian Allah terhadap diri kita. Namun kadang-kadang semua manusia pun akan  berbuat salah. Allah akan sentiasa bantu serta membimbing manusia.

Kalau sesiapapun pernah mengaku dirinya tidak pernah berasa marah maka kamu hanyalah menipu diri sendiri. Kita bukannnya seseorang yang maksum. Kita mungkin mempunyai kesabaran yang tinggi. tapi untuk mencapai sesuatu kesabaran juga mempunyai hadnya.

Ingatlah kita bukannya sempurna, kita sentiasa ingin mendapat keredhaanNYA
Kita sentiasa ingin membaiki diri ini.
Sungguhpun tidak mungkin kita akan mencapai kesempurnaan namun kita boleh mengambil yang jernih dan buang yang keroh.

Inilah Jawapan terhadap soalan awak

Ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. 
Setelah sekian lama kau bertahan 
Setelah sekian lama kau memendam luka 
Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu …

Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. 
Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang 
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita 
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. …..



* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

* Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.

Ingatlah..

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

* Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

* Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.

* Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!
 
 
p/s : harap ini mampu untuk menjawab soalan awak...

Bagai Titisan Embun

Aku Adalah Tetesan Embun Pagi
Yang Jatuh Membasahi Kegersangan Hati
Hingga Mampu Menyuburkan Seluruh Taman sanubari Dalam Kesejukkan...

Aku Adalah Bintang Gemintang Malam
Di Angkasa Raya Yang Menemani Kesendirian Rembulan
Yang Berduka Hingga Mampu Menerangi Gulita Semesta Dalam Kebersamaan...

Aku Adalah Pohon Rindang
Dengan Seribu Dahan Yang Memayungi
Dari Terik Matahari Yang Tak tertahankan
Hingga Mampu Memberikan Keteduhan Dalam Kedamaian...

Aku Adalah Kumpulan Mata Air Dari Telaga Suci
Yang Jernih Mengalir Tiada Henti Hingga Mampu
Menghapuskan Rasa Dahaga Diri Dalam Kesegaran...

Aku Adalah Derasnya Hujan Yang Turun
Yang Menyirami Setiap Jengkal Bumi
Yang Berdebu Menahun Hingga Mampu Membersihkan
Mahkota Bunga &
Dedaunan Dalam Kesucian...

Aku Adalah Untaian Intan Permata
Yang Berkilau Indah
Sebagai Anugerah Tiada Tara Hingga
Mampu Menebar Pesona Jiwa Dalam Keindahan..




Tuesday, November 8, 2011

9 Soalan & Jwpn-jwpn Terbaeeekkk apabila Kena Ngorat

Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.

Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja  Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya,,,jaga lah  ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT.Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan.sekian :)


p/s :menarikkan nukilan ini, ingat nak pinjam seorang sahabat punya note di facebook. Entri ini sangat santai.