Sehelai Kertas
Yang licin, putih, serta bersih
Mudah sahaja untuk dikotori
Suatu hari telah aku memberikan kepada seseorang sehelai kertas yang bersih lagi putih. Aku berpesan kepadanya supaya menjaga kertas tersebut baik-baik. Jangan biarkan sedikit celaan punterkena terhadap kertas tersebut. Namun kamu menghampakan aku setelah sekian lama, kamu kembalikan kertas tadi dalam keadaan terkemek sana sini. Aku pun mengambilnya kembali. Dan menjaga kertas itu semula.
Setelah sekian lama, aku memberikan kertas yang sama kepada seseorang kembali. Aku meminta dia supaya menjaga kertas tersebut baik-baik juga sama seperti yang terdahulu. Kamu pun berjanji akan menjaganya baik-baik. Namun seperti yang terdahulu kamu jua kembalikan kepada aku. Walaubagaimanapun, keadaan kertas tersebut telah menjadi lebih teruk daripada sebelumnya. Terdapatnya kesan contengan serta koyak-koyak. Aku pun meminta kembali kertas tersebut.
Akhirnya, seseorang datang kepada aku dan kata ingin menjaga dengan baik kertas tersebut. Aku pun mempercayai kata-katanya. Sehari demi sehari berlalu aku melihat dia menjaga kertas tersebut dengan baik. Kesan-kesan contengan tersebut dipadamnya. Kesan koyak yang terdahulu dia elokkan. Namun bekas yang tertinggal dia tidak mampu untuk hilangkan. Bulan demi bulan bersilih ganti, akhirnya dia sudah bosan untuk menjaga kertas tersebut. Kertas tersebut kembali menjadi lebih teruk berbanding yang terdahulu. Terdapat banyak lubang-lubang yang telah ditebuk di situ.
Aku menjadi kecewa, lalu mengambil semula kertas tersebut. Aku mengatakan biarlah jika kamu tidak mahu menjaga kertas ini, biar aku sahaja yang menjaga dan merawat kertas ini kerana kamu semua sering melukainya. Kamu sering mencontengnya, mengoyakkan, dan menggumalnya. Biarlah aku yang menjaga sehelai kertas yang rapuh ini sehingga seseorang yang benar-benar ingin menjaganya datang.
No comments:
Post a Comment