Sudah lama kita tidak bersua yea, sahabat-sahabatku. Nampaknya semua pun sudah berubah juga mengharungi haluan masing-masing.
Ingatkah kamu suasana kita belajar semasa di SMK Pandan Indah?
Begitu banyak drama yang berlaku antara kita. Diharap kita usahlah mengungkit lagi kisah lama. Antara kita juga dahulu pernah ber'couple' dengan classmate sendiri dan sudah juga putus dalam perjalanan meningkat remaja.
Kini Reunion yang pertama kali, saya pergi berjumpa kalian. Banyak yang berubah. Daripada yang badannya kurus bertambah sihat. Daripada yang rendah semakin tinggi (kecuali saya =_=)
Alhamdulillah, reunion serta BBQ ini sungguhpun bukan semua pelajar 5sc3 yang dapat hadir namun aku gembira bertemu kalian. Maaflah aku tidak turut serta mandi sungai. Rasanya seperti tidak wajar pada saya. Namun aku gembira melihat kalian gembira. Pelbagai cerita yang di singkap sepanjang 2 tahun tidak bertemu.
Reunion 5sc3 SMKPI
~Sungai Congkak~
No comments:
Post a Comment