Remember

Sunday, January 1, 2012

Hebat sangat ke sambutan tahun baru ini?

Assalamualaikum wbt

INI HANYA SEKADAR PENDAPAT.


Pertama sekali, maaf sudah lama tidak update blog sebab sibuk sangat. Kedua, Selamat Menyambut Lebaran Baharu 2012. Semakin meningkatlah umur masing-masing. Apalah sangat kalau setakat meningkat umur. Semua orang pun makin meningkat umur.


Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini adalah, hebat sangat ke sambutan tahun baru ini?
Okay, mari kita lebih realistik sedikit yea. Jikalau setakat ambang tahun baru letaknya pada konsert dan azam baru yang kita buat setiap tahun. Hebat ke? Baiklah kalau azam itu alhamdulillah memang perlu. Gahnya sambutan anak-anak muda ini keluar malam-malam kononnya ingin menyambut tahun baru bersama awek-awek. Berfaedah ke?

Tahukah kamu bahawa kita sudah pun meningkat umur semasa tibanya sambutan Maal HIjrah? Sememangnya begitulah kita mengikut sistem hijrah. Tapi sekarang manusia ini suka sangat mengikut kalender barat. Yang membuatkan lebih sedihnya, semasa Maal Hijrah ramaikah orang yang menyambutnya? Jikalau permulaan bagi setiap tahun dalam kalender barat adalah januari bagi kita umat islam adalah Muharram. Itulah permulaan tahun baru kita.

Ketika itulah, segala catatan buku amalan kita yang terdahulu akan ditutup dan malaikat akan membuka buku yang baru. Buku yang kosong. Putih. Bersih lagi. Kalau tahun baru apa kita dapat? NOTHING! Selain itu, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Persoalan berapa ramaikah umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid pada ketika itu?

Jadi seharusnya kita renung-renungkan perkara ini. Saya juga tidaklah seorang yang baik namun ingin juga saya mengingati para sahabat serta untuk diri saya sendiri juga.

No comments:

Post a Comment