Remember

Sunday, January 15, 2012

Pengarah program Yokoso to Japan!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Kini di maklumkan bahawa saya menjadi Ketua bagi Biro Hubungan Antarabangsa bagi Kolej Zarith Sofea. Alhamdulillah. Walaupun pentadbiran baharu telah pun di tetapkan dan masih lagi ingin membiasakan diri dengan skop tugasan bagi biro hubungan antarabangsa.

Seperti nama Biro tersebut, kami akan menguruskan bahagian Global Outreach Program (GOP) dan tahun ini kami biding kertas kerja kami Yokoso to Japan. Saya selaku pengarah program seperti yang tercatat di atas kertas kerja.

Syukur Alhamdulillah tahun ini berkemungkinan dapat juga pergi ke Jepun. Negara yang saya teringin sangat pergi! Namun saya hanya mampu untuk mengendalikan program ini secara underground sahaja.

Walaupun skop tugasan ini masih lagi baru bagi saya, serta masih lagi ingin merasa selesa dengan keluarga  Ahli Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Zarith Sofea. InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar.

Semoga di beri kekuatan hati untuk tidak berlaku terlalu sensitif dengan kata-kata junior. Nasihat seorang sahabat :

" Tasha, setelah kau mendapat amanah jawatan tersebut. Engkau patut tahu apa yang patut engkau hadapi. Engkau tidak boleh berpendapat yang mereka harus menghormati kau. Kau kena bertolak-ansur. Itulah yang sepatutnya kau lakukan. Itu kelemahan kau, jangan mengharapkan orang menghormati kau delam sesebuah organisasi. Jika kau ada pendapat suarakan, tapi tak semua akan mendengar. Itu kau kena sentiasa ingat."

No comments:

Post a Comment