Hari ini saya terbaca suatu status seseorang dan membuat saya terfikir adakah jatuh hati di kategorikan sebagai zina hati? Pada satu tahap, saya berfikir salahkah untuk jatuh hati? Tahukah kamu bahawa masa mula-mula dahulu, saya sendiri juga sangat risau andaikata saya menyukai seseorang itu zina hati. (oh! tidak rasa berdosa sangat T-T)
Persoalan saya kepada kamu semua..
"Adakah jatuh hati adalah zina hati?"
"Adakah keinginan dalam hati utk berkahwin dengan seseorang adalah zina hati?"
Pada pendapat saya, fitrah bagi manusia untuk mempunyai perasaan saling sayang menyayangi. Bukan pendapat saya sahaja, rasanya ramai di antara kita berfikiran begitu. Allah swt itu Maha Adil dan Bijaksana, tidak mungkin jatuh hati dan keinginan utk berkahwin dgn seseorang bukan zina hati. Cuma kita yang kurang memahaminya.
Alhamdulillah, saya berbincang dan bertanya seorang sahabat juga dia berkata tidak salah untuk kita jatuh hati atau dalam istilah lain menyukai... eeerrr... mungkin sayang (=_='') mungkin.... asalkan kita berlandaskan Islam. (mestilah... ^^v)
Cinta itu fitrah manusia. ALLAH tak larang untuk bercinta, cuma ALLAH cakap dalam ayat Quran 'jangan hampiri zina.' Okay! Sekarang apa maksud zina hati itu?
Zina hati adalah dari hadis:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah menentukan untuk anak Adam mendapat bahagian dari zina, tidak boleh tidak. Zina mata melihat (perempuan), zina lidah berbicara dan zina hati mengharap dan menginginkan, hanya anggota kelamin yang menentukan benar atau tidaknya dia berbuat zina." (Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1783.)
Faham tak agak-agak? Dalam bahasa yang senang untuk kita fahami zina hati itu kalaulah kita berfikiran ingin ajak ke arah maksiat atau bersetubuh...dalam erti kata lain seperti membayangkan wanita/lelaki yang kita suka ke arah maksiat ATAUsetubuh dalam bahasa kasar.. erk?? maafkan saya kalau salah..sy harap ada yang beri tunjuk ajar kalau fahaman saya salah.
Katalah anda tengok drama korea. "Wah hensemnya hero ni..aku nak kahwin dengan dia lah!" Adakah ni zina hati? Jawapannya Tidak! (kenapalah mesti korea juga? =_='')
Jadi ingat someone, jatuh cinta, berkenan adalah tidak salah. yang salah adalah bercinta dan terus bercinta tanpa mengetahui bila entah nak nikah. tiada perancangan rapi. =_='''
Hurmm.. Satu lagi pasal cinta,benda ini memang tak dapat nak elak,tipu la bila dia tak timbul rasa suka kat seorang perempuan /lelaki sebab memang dah fitrah semulajadi(surah Ali-Imran:ayat 14).Tapi indahnya Islam Allah sudah bagi guideline bagaimana ingin mengatasi semua ini.
Pertamanya jaga pandangan(Surah Nur:ayat 30 dan 31),jangan liar sangat mata tu.kita boleh pandang laki/perempuan tapi kena jaga hati,bila nak jaga hati kena la selalu dekat dengan Allah,supaya Allah jaga diri dari segala maksiat.
^^v Wallahu'alam. Sila tegur jikalau ada kesilapan. Sumber rujukan saya artikel zina hati & Cinta sebelum Kahwin
p/s : Wah! lega juga baca artikel ini. Tak adalah serba salah sangat. Hanya kita perlu saling ingat mengingati dan jika kasih sayang itu mampu meningkatkan cinta kita kepada Allah swt.

No comments:
Post a Comment