Remember

Sunday, January 15, 2012

Surat Tawaran ke UK!!

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah di ucapkan. Setelah semester menanti dengan penuh debaran......
Namunku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya. Permohonan kami empat(4) sekawan telah diluluskan untuk pergi ke United Kingdom (UK) untuk menyambung pengajian kami disana.

Tiada ucapan yang dapat menggambarkan perasaan ini. Hanya hati yang merasa bersyukur dan bibir yang sering mengutapkan kebesaran kepadaNya.

Permohonan telah pun di luluskan oleh Pejabat Timbalan Naib Chaselor Antarabangsa & Akademik (TNCAA). Setelah berjumpa dengan PA TNCAA maka kami telah pun mendapat kelulusan daripada peringkat TNCAA kini kami sedang melalui proses bagi kelulusan pihak Hal Ehwal Mahasiswa (HEMA) untuk mendapatkan kelulusan bagi penajaan luar.

Kami telah dimaklumkan bahawa kami berempat akan ke sana dan pelajar daripada sana akan datang belajar di Uiversiti Teknologi Malaysia seramai lima (5) orang pelajar.

Semoga segala proses berjalan dengan lancar dan kami akan berlepas ke sana hujung tahun ini. Namun kami tidak bersepakat lagi untuk pertukaran selama setahun pengajian mahupun hanya satu semester.

InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment