Seperti tajuk entrinya, kita akan membincangkan "istimewanya sebuah nama" :)
Andai kita mengimbau kembali kisah bagaimana nama itu menjadi milik kita, mesti kita akan terkejut mendengar kisah ini. Kebiasaannya kita akan mendengarnya daripada kedua ibu bapa kita yang tercinta. Ibu bapalah yang memberi nama kepada kita sebaik sahaja kita dilahirkan daripada rahim ibu kita. Dengan keizinan-NYA serta ketentuan-NYA itulah nama yang telah pun diberi mahupun ditetapkan oleh-NYA.
Sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat-NYA dengan kurniaan nama aku. Sesebuah nama melambangkan diri seseorang. Melambangkan diri kita, namun tidaklah ia menggambarkan personaliti kita 100%. Ini hanyalah kajian.
Andaikata kita tiada nama, bagaimana seseorang ingin memanggil kita?
Mestilah insan tersebut akan memanggil kita dengan gelaran seperti "encik, cik, miss, sis, adik, bro, der, weyh" dan sebagainya lagi. Sedapkah halwa telinga kita mendengarnya? Memanglah ia sopan. Bagaimana seseorang ingin membezakan seseorang itu? Sememangnya kita boleh mengenalpasti orangnya tapi bukankah lagi mudah jika terdapat panggilan/nama untuk dipanggil.
Pernahkah terdetik dalam hati kita persoalan, kenapa kita diberi nama yang sedia ada ini?
Saya pernah. Sewaktu berumur 8 tahun. Wah! mudanya persoalan itu bermain dalam hati ini. Ketika itu saya sangat stress dengan nama saya sendiri kerana nama saya sering dipersoalkan oleh sahabat lain. Contohnya seperti "kenapa nama kau nama barat bukan nama melayu?" dan "apa maksud nama kau yep?". Seringkali menitisnya air mata setiap kali mendengar persolan sebegitu. Sehingga saya pernah membenci nama ini.
Suatu hari, saya bertanya kepada ibu.
Anak : Kenapa ibu beri nama saya ini?
Ibu : Kenapa along tanya? (terukir senyuman di wajah ibuku) Along tau semasa ingin mendaftar surat beranak nama along sepatutnya " Nurul Athirah" tapi apabila abah balik, ibu tengok surat beranak nama along lain.
Anak : Huh? Kenapa macam tu pula?
Ibu : :) sebab itulah pilihan abah. Abah suka nama along tu. Mungkin itulah nama along yang daripada ketentuan Allah swt juga.
Anak : T-T (sedih...) oh.. okay
Setelah perbualan itu, saya sudah tidak pedulikan pertanyaan para sahabat yang lain. Ketika itu, saya mulai menyukai nama saya dan bersyukur sangat kerna dikurniakan nama ini. Oleh itu, biarlah apa yang mereka ingin katakan nama macam orang dulu-dulu, kuno, lapuk, kampung, barat mahupun tiada maksud sekali pun. Ia adalah nama kamu, jadi bergembiralah dengan nama itu :)
Tahukah nama-nama yang paling istimewa? :)
::Asmaul Husna:: Betul!! 99 nama Allah swt. Itulah yang seharusnya kita hayati dan memahami-NYA. InsyaAllah.

P/s : Kerana nama ini jugalah, saya berkenalan dengan kamu dengan izin-NYA :)
Aku hanya sebuah nama. Tiada yang istimewanya hidup sebagai aku ini melainkan keistimewaannya aku masih hidup sehingga kini. Syukur pada yang Esa.
Ismi.......................------->
:)

No comments:
Post a Comment