Remember

Monday, February 13, 2012

Kisah kesedaran #2 : Kecantikan si kunang-kunang




Si kunang-kunang
Serangga yang menyinari kegelapan
Menghadiahkan sirna menerangi malam hari
Berterbangan bebas dalam hutan
Berterbangan di malam hari

Si kunang-kunang
Memperlihatkan kecantikan dirinya
Berterbangan dengan sayapnya
Ke kiri.. ke kanan.. ke atas.. ke bawah..
Terus membawa dirinya selagi mampu

Si kunang-kunang
Cahaya kuningmu yang menerangi malam
Terbitnya cemburu padamu
Cantik warna menyinari kegelapan
Sungguh cemburu aku rasakan

Si kunang-kunang
Cemburu aku pada kecantikanmu
Kecantikanmu mempesonakan pandangan insan
Memberi senyuman pada insan yang memandangmu
Cemburu aku padamu kunang-kunang

Si kunang-kunang
Cemburu aku pada kebebasanmu
Beterbangan melebar sayapnya
Melebar sayap menyinari malam
Cemburu aku rasakan

Namun, aku bukan kunang-kunang kerana aku dilahirkan sebagai manusia di atas muka bumi ini sebagai khalifah.. sebagai manusia, yang mempunyai akal fikiran, hati dan perasaan. Yang mampu membezakan yang baik dan buruk. Sebaik-baik makhluk ciptaanNya. Tanganku menadah mengucapkan syukur di atas nyawa ini dan keistimewaan ini. Tidak lagi aku mencemburui si kunang-kunang, tetapi aku mengagumi ciptaanNya :)

Firefly (kunang-kunang) is beautiful, sadly their lifespan is short.

Setidaknya, kita diberi umur yang panjang supaya kita mengumpulkan amal sebagai bekalan akhirat. Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment