Remember

Tuesday, August 23, 2011

10 Malam terakhir Ramadhan



.Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr


Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut
ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan
dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda
spesifik dan berfokus. Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin
Hanbal  “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama,
tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan
suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam
Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan
tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27
Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud
tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan
suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali
antara 24 hingga 29 darjah celsius.
Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim,  Abu
Daud,  dan  Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang
bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya
(kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak
kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.






Setiap fakta berkaitan malam Al-Qadr adalah perkara pokok dalam sistem
kepercayaan Islam dan mesti diyakini sepenuhnya. Kita mesti bersedia dengan
sepenuh persediaan amalan ibadah untuk mendapatkan malam Al-Qadr. Rugilah
mereka yang tidak mengejarnya untuk mendapat keberkatan, keampunan dan keredhaan Allah swt..












No comments:

Post a Comment