Jangan sengaja lewatkan SOLAT.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air
tanpa memakai alas kaki (selipar)
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita
Jangan makan dan minum
dalam bekas yang pecah atau sumbing
Makruh kerana ia membahayakan
Jangan biarkan pinggan mangkuk
yang telah digunakan tidak berbasuh
Makruh dan mewarisi kealpaan.
Jangan tidur selepas solat
subuh...
nanti rezeki mahal
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat)
Jangan makan tanpa membaca bismillah
dan doa makan
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan
Jangan keluar rumah tanpa niat
untuk membuat kebaikan
takut-takut kita mati dalam perjalanan
Jangan biarkan mata liar
dalam perjalanan
Nanti kita gelap diselaputi dosa
Jangan menangguh taubat
bila berbuat dosa
kerana mati
boleh datang bila-bila masa
Jangan ego untuk meminta maaf
pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah
Jangan mengumpat
sesama rakan taulan
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia
Jangan lupa bergantung
kepada ALLAH saw
dalam setiap pekerjaan kita
Nanti kita sombong apabila berjaya
Kalau gagal kecewa pula
Jangan bakhil untuk bersedekah
Sedekah itu memanjangkan umur
dan...
memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa
nanti mati jiwa
Jangan biasakan berbohong.
kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan....
menghilangkan kasih orang kepada kita
Jangan suka menganiaya manusia
atau haiwan...
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH saw
Jangan terlalu susah hati
dengan urusan dunia
Akhirat itu lebih utama dan...
hidup di sana lebih lama
dan....
kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan...
kenapa ISLAM itu berkata JANGAN..
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNYA
No comments:
Post a Comment