Remember

Tuesday, August 2, 2011

Insan baru bergelar Islam

Hari ini masuknya, 2 ramadhan. Begitu banyak kisah mengenai kisah-kisah mengenai para muslimin di serata dunia.

Namun yang membuat saya terharu pada hari ini adalah apabila saya menonton siaran berita TV3 jam 8 malam ini. Berita mengenai cabaran para muallaf dalam bulan Ramadhan ini.

Sungguh menguji keimanan mereka juga kerana mereka akan menahan diri daripada makan dan minum.

"Alah bisa tegal biasa"
Itulah peribahasa yang sesuai untuk mereka yang baharu dalam berpuasa ini.

Mengimbau kembali zaman ketika mulanya berpuasa penuh hari. Pada awalnya, kita tidak berpuasa. Kemudian, kita belajar untuk berpuasa setengah hari ataupun berpuasa tetapi tidak makan. Setelah itu, barulah kita berpuasa penuh. Itulah proses kita di didik untuk berpuasa. Setiap insan telah di didik dengan cara yang berbeza namun tujuannya tetap sama iaitu BERPUASA.

Mendengar juga cerita bagaimana mereka menemui ISLAM. Alhamdulillah, sayu hatiku mendengar kisah mereka. Betullah, kata seorang teman bahawa apabila kita mendengar sendiri kisah mereka ia mampu untuk meruntun jiwa.

Seorang muallaf ini, menceritakan kisah bagaimana beliau memeluk ISLAM.

Beliau hanyalah pengemis di jalanan, tiada rumah mahupun keluarga. Hidup sering di jalanan. Namun pada suatu hari, beliau menetap di suatu tempat untuk beberapa hari.


Tempat tersebut begitu hampir dengan masjid. Setiap hari beliau akan mendengar azan berkumandang. Hatinya lama kelamaan beliau menyukai irama lagu tersebut. Lagu tersebut merupakan AZAN.


Kata beliau, setelah dia mendengar berkumandangnya AZAN lembut hatinya seperti menemui ketenangan di sebalik kepayahan dan kepahitan yang dilaluinya. Begitulah kisah bagaimana beliau menemui HIDAYAH Allah swt. Alhamdulillah~

Begitulah kisah yang saya ingin kongsikan, tersentuh hati ini tatkala mendengar.

Saya juga ingin merasakan Taufiq serta Hidayah daripadaNYA. Aku rindukanMU Ya Allah.
Sungguh kasih sayangMu begitu berharga buat kami.

Semoga sahabat-sahabat baru kita yang baru mengenali ISLAM kuat dalam mengharungi kehidupan ini serta mendalami ajaran serta ilmu-ilmu ISLAM.
Ameen~

InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment