Assalamualaikum,
Aku rindukan sahabat-sahabatku di UTM. Merekalah yang sentiasa menemani aku. Susah senang sentiasa bersama. Menghiburkan hati masing-masing. Banyak perkara yang di kongsi bersama. Banyak yang tidak akan aku lupakan. Banyak kenangan bersama mereka. Mestilah ada antara kami yang sering bertelagah namun itu hanya sementara. Untuk menyesuaikan diri dengan perkara baru dalam kehidupan. Kadang kala, aku rasa bersendiri kerana aku hanya akan bertemu mereka setelah habisnya kuliah di penghujung hari. Ternyata aku salah.
Aku tidak pernah keseorangan, Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Alhamdulillah. Aku teringat detik-detik menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama mereka di UTM. Kami sering Iftar beramai-ramai. Lucunya apabila aku teringatkan kami kelaparan lagi selepas selesainya Iftar. Selalu berebut makanan dalam dulang. Kenangan, kenangan, kenangan. Apabila kami pergi ke Masjid UTM untuk berbuka puasa di sana. Seronok sangat dapat meluangkan masa bersama mereka.
Teringat juga apabila kita pergi solat tarawikh berjemaah di pavilion Kolej 9. Alangkah manisnya dapat pergi solat terawikh bersama lagi. Aku rindukan kemesraan itu, dan semua detik itu hanya berlaku di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Akan aku sentiasa mengharapkan perkenalan dan persahabatan kita mampu bertahan walaupun dek di telan arus zaman serta modenisasi ini.
Aku bersyukur kerana kita tidak mungkin akan berkenalan jika bukan atas keredhaanNya dan ketentuanNya. Merekalah yang menceriakan hari-hariku di Universiti Teknologi Malaysia.
Akhir kata, aku menyayangi sahabat-sahabatku. Semoga ketika aku meniti hari-hari akhir ku, sahabat-sahabatku mampu untuk membantu, sedekahkan doa buat ku serta menziarahiku. InsyaAllah. Amin.
Sorry wani, aku ambil gambar yang wani sudah edit :)

No comments:
Post a Comment