Tasha.. sudah-sudahlah bersedih. Desus hatiku kepada ku. Usah membazirkan tangisanmu terhadap insan yang tidak menghargai dirimu. Berfikirku sejenak....
Janganlah bersedih terhadap apa yang terluput dan janganlah terlalu gembira dengan apa yang diperolehi. Hal ini kerana kebahagiaan yang hakiki mungkin hadir pada hati yang bersedih dan sebaliknya kesedihan mungkin datang mengisi hati yang sedang berbahagia.
Maksudnya di sini, Usahlah kita bersedih sangat tentang sesuatu kerana terdapat kebahagiaan di sebaliknya. Malah, kita juga jangan terlalu leka dengan kegembiraan kerana mungkin berselindungnya kesedihan. Bersederhanalah dalam perasaan kita.
Bayangkan jika kita mempunyai anak-anak kecil....
Boleh jadi dengan rezeki yang ada sekarang sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sehingga anak-anak kita tidak mampu membeli makanan ringan di kedai atau yang dijaja orang, menjadi kekuatan bagi mereka untuk beristiqamah di jalanNya.
Adakah kita pernah berfikir bahawa mungkin jika Allah swt memberi anda harta melimpah ruah, anak-anak kita akan lalai dan rosak hidup mereka.
Dalam perkara yang kamu takuti
Mungkin ada perkara yang kamu sukai
Di sebalik perkara yang kamu benci
Mungkin tersembunyi perkara yang kamu cintai
Kita tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kadang kala kita merasakan sesuatu yang kita hajati, itu yang terbaik untuk kita tetapi mungkin ia buruk untuk kita dan begitulah sebaliknya.
Oleh yang demikian, bila sesuatu yang dihajati tidak kesampaian pasti ada hikmah yang bakal menyusul di kemudian hari.

No comments:
Post a Comment