Hari ini nak ubah sedikit style entri ni. Selalunya saya buat entri mesti pasal sedih-sedih. Kadang-kadang pasal muhasabah diri. hahaha. Rahsia. Kali ini nak buat secara spontan lah pula.
Seronoknya study dengan skype ni. Happy pula tiba-tiba. Sudah lama sangat rasanya tidak menggunakan perkhidmatan skype ni. Sejak peristiwa itu, memang jarang sangatlah ada hati ingin skype. Tiba-tiba balik dari program hari tu. Jadi seronok pula. Mungkin sebab sudah ada sebab lain nak aktif skype ni semula.
Dulu hanya ada seorang sahaja yang aku menanti untuk skype ni. Tapi sekarang ramai pula insan-insan yang aktif skype ni. Happy sangat dapat kawan-kawan baru. Seronok sangat dapat berbual (chat) dalam skype ni. Hurm.. tak ada niat lain pun happy-happy skype ni. Seronok ada kawan yang nak layan karenah kita ni. Thanks tau.
Dah lah tiba-tiba je on skype tanya pasal soalan matematik. haha. Kesian pula kat dia ni. Tapi tak apa, orang yang sudi berkongsi ilmu ni selalunya akan bertambah ilmu dia. Kiranya dia ni tak kedekut ilmu la. hahaha. Soalan yang saya tanya pula berbunyi :
x= 5 cos^3 t y= 7 sin^3 t
hehe. Alhamdulillah lah dia dapat buat saya faham soalan ini. Tapi basic trigonometry saya ni memang hancurlah. hehehe. sampai dia betulkan juga tangent (tan) kan = sin/cos. hahaha. saya pula tercakap cos/sin. sedih betul sebab matematik ni lemah sikit. Tak mengapa! Usaha tangga kejayaan~
I enjoy skype!! Yeay~
Akhir kata, thanks a lot yea my friend!
No comments:
Post a Comment