Mengapa aku begini?
Sudah lama dia pergi
Mengapa aku masih ingat dia?
Mengapa aku bertanya? Sedangkan jawapannya telah ku mengetahui
Kenangan bersama dia bagaikan filem
Sering bermain dalam fikiranku
Seakan-akan ia sedang berlaku sekarang. Namun hakikatnya ia sudah lama berakhir.
Setiap perkataan yang pernah dia tuturkan kepadaku, masih segar dalam fikiran
Seolah-olah dia masih bercakap denganku.. segala tentang dirinya masih segar dalam ingatan ku
Dari saat mula perkenalan sehingga terputusnya hubungan kita
Ku pergi kerana permintaanmu bukan kerelaanku

No comments:
Post a Comment