Remember

Wednesday, August 17, 2011

Tibanya Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Perkataan Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, Al-Quran memberikan makna yang besar kepada umat islam terutamanya yang memikirkan rahsia Al-Quran.

Manakala Al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Terkandungnya dalam Al-Quran himpunan ayat-ayat yang mengandungi serta menjelaskan persoalan mengenai tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, teknologi, feqah dan pelbagai lagi.

Al-Quran merupakan sumber lengkap rujukan manusia tiada cacat- celanya. Alhamdulillah. Kita mempunyai bimbingan. Firman Allah :

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini ; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).


Al-An'am :38


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungannya adalah benar. Al-Quran juga dikenali sebagai An-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil dan Al-Zikr bermaksud peringatan.

Perlulah kita mengahayati isi kandungan Al-Quran kerana ia merupakan sumber rujukan lengkap bagi manusia. Bukan sahaja ketika Nuzul Quran, malah kita perlu sentiasa berpandukan Al-Quran kerana ia kitab yang lengkap untuk rujukan semua.



No comments:

Post a Comment