Remember

Sunday, November 13, 2011

Persoalan : Sakit Hati?

Persoalan : Pernah tanya seseorang naqibah, Bagaimana ingin lupakan kesalahan orang terhadap kita yang sememangnya sangat menyakitkan hati, memang sudah memaafkan tp masih teringat-ingat..



Jawapannya : Dia beritahu saya,kalau kita tidak mampu untuk melupakan bermaksud kita belum mampu memaafkan lagi..atau belum redha lagi dengan apa yang jadi.. nanti masa hari hisab,kita yang susah juga sebab entah-entah kita masuk syurga tetapi tidak tentu pasal kena tangguh sebab diseret untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan orang yang buat salah terhadap kita pula..huuu.. T-T

Tak mahu... Tak mahu... Takut pula jadinya diri ini apabila ON OFF sahaja. Maksudnya antara ada perasaan sakit hati dan tiada perasaan sakit hati. =_=''' Sebabnya jika ada sesuatu kes scenario yang terjadi yang membuatkan saya teringat kepada kisah lalu bagaimana??

T-T tidak sengaja...... hurm... nampaknya perlulah untuk berbuat tidak tahu dan banyakkan Istighfar jika perkara tersebut berlaku. Memang mungkin orang akan cakap " alah....macamne pula kau tahu kau masuk syurga ke tak nanti?"

Hurm... memang kita tidak tahu sama ada kita di tempatkan di syurga atau neraka namun Allah Maha Mengetahui usaha-usaha kita. Asalkan kita mempunyai niat kerana Allah swt.

Waallahualam~

No comments:

Post a Comment