Bulan di mana kemaafan di pinta
Maafkan diri ini tidak matang
Namun andai aku mampu mengubah masa
Mengelakkan sedetik perselisihan faham
Mengelakkan bergugurannya mutiara
Mengelakkan bait-bait daripadamu
Mungkin ini semua tidak berlaku
Mungkin aku kebudak-budakan
Namun aku tidak memahami
Aku sendiri tidak mampu
Untuk mengikhlaskan ungkapan itu
Mulut mampu berbicara apa yang diingini
Namun hati tidak merelakan...
Bukan maksud aku..
Untuk tidak redha..
Aku redha
Tidak menyalahkan ketentuan-Nya
Sesungguhnya Allah tidak akan menyeksa hamba-Nya
Sungguh aku redha
Dengan pemergian dia
Sungguh aku tidak mampu memaafkan diri kamu
Walaupun masa kian berlabuh tanpa kita sedari
Namun aku masih menghitung detik kian berlabuh
Bukan pada niatku untuk berbuat demikian
Fahamkah kamu kesakitan yang aku alami?
Jawapanmu, kamu mengetahui..
Tetapi....
Kamu sedikit pun tidak merasainya
Hanya aku yang sakit
Menanggung kesakitan
Kerana...
Janji manis diri kau..
p/s : Janganlah jadi seperti ini, di harap insan ini mampu memaafkan. Sesungguhnya sifat pemaaf adalah sifat yang di sukai Allah swt.
Sedangkan Nabi Muhammad saw, (selawat yea) mampu mengampunkan umatnya.
Cubalah mencari ketenangan di sebalik musibah yea :)
No comments:
Post a Comment