Remember

Tuesday, July 12, 2011

Key of Memory (1) Matrix Life

Kuliah 7 Hayat 40


Setelah setahun meninggalkan zaman matrikulasi. 
Terasa sayu apabila memikirkan zaman matrikulasi telah pun berlalu
Rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang, negeri kelahiran berkumpul dalam suatu komuniti pembelajaran intensif
Sungguhpun zaman matrikulasi kami sudah berakhir, banyak memori yang dapat kita perolehi

Diatas merupakan gambar pelajar-pelajar hayat 40,
Praktikum kami hanya mempunyai 20 orang pelajar tidak termasuk yang sudah keluar kerana mendapat tawaran lain. Jika mereka masih kekal praktikum kami, mempunyai 24 pelajar.

Sungguhpun kami mempunyai pelbagai pendapat, tetap kami bersatu apabila perlu..
sering membantu dan bergembira bersama.


Fabulous Hayat 40 with lecturer

Pada pendapat saya, zaman matrikulasi ini menarik tidak berasa bosan. Walaubagaimanapun, pembelajaran boleh dikatakan pantas dan boleh mengakibatkan stress dalam kalangan pelajar tetapi kita perlu melihat sejauh mana usaha kita. Sejauh mana kita mahu berusaha untuk sesuatu yang kita mahu. 

Komuniti dalam sesebuah kolej matrikulasi tidaklah ramai, kita boleh kenal dengan ramai pelajar lain.Bukan sahaja dalam praktikum malah dari segi roomate dan komuniti dalam sesebuah kolej kediaman juga sangat menarik. Mereka juga mewarnai hidup anda serta hari- hari anda.


Dora the explorer and Sepia (Roomate)



Memory with Eki


Saya bersyukur kerana mengenali mereka,
Saya bersyukur kerana Allah telah menemukan mereka,

Sungguhpun terdapat juga masa dimana kami mempunyai perselisihan, tetapi jika di fikirkan kembali. Siapa yang tidak pernah bergaduh, mempunyai perselisihan pendapat.

Even the best of friends fight sometimes

I dedicate this to you, even to pelajar-pelajar Blok F

kolej matrikulasi johor tetap dalam ingatan
Pada akhirnya kenangan dan cerita kita
Akan ditulis pada lembar terakhir
Seperti kabut hitam yang menutupi langit cerah
Bergeser, digantikan dengan sambutan awan putih

Masihkah kau ingat seperti apa kita dulu..
Merintih kesakitan karena di cemoohkan..
Lalu dibiarkan berjalan sendiri ditengah kebodohan..
dan berlaga diatas medan perang yang penuh kekacauan..

Kurindukan saat itu.. Saat kita duduk bersama
dan bercerita di satu barisan bangku panjang
Bercengkrama dan saling memperhatikan..
Sayang.. kisah itu terjadi terlalu cepat..
dan Sayang..cerita itu ditulis terlalu pendek..

Kau bagai petikan tali gitar merdu yang menidurkanku
Kala aku ingin memejamkan mata..
Kau adalah cahaya lilin kecil yang menerangiku
Ditengah kegelapan malam yang mencekam..
Masihkah kau mengingatku??

Kini kita sudah tidak lagi dihujani oleh rintik air dari langit
Sudah tidak lagi saling menghantukkan kepala diatas tanah
dan kehilangan bau wangi dari aroma tubuh saat bangun tidur
Membiarkan dirimu lenyap tanpa menolehkan wajah ke arah ku..

“..Hati ini tertawa dan menangis
Merasa kehilangan setelah terkenang
Kau sahabat yang hanya lewat ucapan bibir saja
Tanpa mengingat kenangan akan kebersamaan..”

Fashali Radiyallah,
(ditulis : 02 Oktober 2009)


No comments:

Post a Comment