Mengapakah saya berbloging?
Orang yang dikatakan mempunyai blog merupakan seorang blogger. Namun, saya berasakan diri ini tidak layak untuk digelar sedemikian. Sudah menghampiri setahun saya mempunyai blog ini tetapi saya tidak aktif pun. Maklumlah semasa membuat akaun blog ini sewaktu berada di matrikulasi. Memang tidak aktiflah akibatnya. Tambahan pula, ketika itu berkemungkinan kurang matang untuk membuat blog ini serta kesibukan melanda diri tatkala berjuang habis-habisan di matrikulasi maka tiadalah kelapangan waktu itu.
Saya mula aktif seperti yang anda boleh teka pada bulan Julai 2011. Rasanya waktu ini agak sesuai untuk mula semula berbloging kerana cuti semester yang panjang. Namun saya membuat blog kerana saya tidak mengetahui bagaimana ingin mengekspresikan diri ini dengan berbicara. Oleh kerana, diri ini agak pendiam dan bukannya banyak bergaul juga. Terkadang apabila meluahkan kepada insan lain, saya merasakan bahawa mereka tidak mampu relate serta synchronize dengan perasaan saya ketika itu. Saya lebih selesa melalui penulisan tetapi saya tidak ingin menulis entri mengenai diri ini mahupun insan-insan lain. Only if i have to. We still have our own privacy.
Bagi saya mencoret sesuatu itu merupakan suatu wadah juga bagi seseorang. Bagi saya ia merupakan suatu cara untuk tidak menyakiti hati. Terkadang apa yang terbuku dalam hati ini tidak mudah untuk kita memberitahu. Apa yang ingin kita sampaikan mungkin berbeza daripada apa yang kita tuturkan.
Inilah pandangan serta pendapat saya. Setiap insan mempunyai pandangan masing-masing namun nasihatku janganlah kita terlalu mengkritik serta mengkondem pandangan seseorang itu kerana kamu tidak berhak. Memanglah kita mempunyai freedom of speech namun fikirlah dahulu sebelum menutur kata-kata yang mampu menguris hati seseorang.

No comments:
Post a Comment