Sebagai pembuka bicara, hayatilah lantunan penyair arif, Al-Marhum Sha'ib Tabrizi :
Kegembiraan yang tidak bermuara dari hati,Bak kilau dilalang berduri,Tangisan jauh lebih bernilai,Ketimbang tawa yang dihasilkan dari serbuk bunga safron.
Berdasarkan syair tersebut, kegembiraan yang hadirnya dari hati dan keluhuran jiwa manusia tidak dapat dicapai kecuali melalui jalan yang benar serta berlandaskan syar'ii. Seharusnya juga kita mempunyai tujuan Ilahi.
Surah ar-Ra'd ayat 28
Ketahuilah! hanya dengan mengingati Allah, hati dan jiwa akan menjadi tenang
Tidak dinafikan bahawa airmata mempunyai peranan dalam mewujudkan ketenangan pada jiwa manusia. Menitiskan airmata perlu diberi penekanan, bahawa mengalirnya airmata ketika di hadapan Allah s.w.t atau dalam rangka kita mengenangkan musibah-musibah yang menimpa para kekasihNya, tidaklah mengalirnya airmata tersebut hanya semata-mata kesedihan mahupun berduka cita. Namun mengalirnya airmata yang mengalir itu mempunyai maksud yang mendalam kerana ia merupakan usaha serta berupaya mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
Jenis-Jenis tangisan dan airmata
Menangis merupakan reaksi yang menjadi kebiasaan dalam diri manusia dan ia mampu berlaku berdasarkan pelbagai rangsangan dalaman mahupun luaran.
- Airmata syauq (rindu)
- Airmata 'isyq (cinta)
- Airmata firaq (perpisahan)
- Airmata intizhar (penantian)
- Airmata huzn (kesedihan)
- Airmata nadamah (penyesalan)
- Airmata buka'ul faqidin (akibat ditinggal oleh orang-orang yang sangat dicintai)
- Airmata mengenangkan penderitaan para kekasih Allah
- Airmata munajat dan takut kepada Allah
- Airmata akibat terjatuh mahupun di pukul
- Airmata bayi daripada pelbagai faktor
- Airmata menahan kesakitan
- Airmata yang mengalir daripada pelbagai perasaan hati
- Airmata kepura-puraan
- Dan lain-lain seperti airmata yang mengalir setelah menguap atau ketika mengupas bawang.\
Menerusi ayat-ayat suci Al-Quran, Surah Al-Maidah Ayat 83 Allah s.w.t berfirman
Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan airmata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui; seraya berkata : "Ya tuhan kami, kami telah beriman maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.)
Kesimpulannya, tangisan seorang hambaNya mampu dijadikan sebagai lambang penyesalan dan alat taubat malah mampu menjadikan sebagai asa dan ikhtiar terakhir bagi orang-orang sesat. Tangisan dan Airmata merupakan Rahmat dari Allah s.w.t. Perlulah kita bersyukur diatas segala kejadian kerana Allah s.w.t. merupakan Al-Hakim (bijaksana). Airmata serta tangisan merupakan faktor penerang bagi hati, kelembutan hati, serta penyelamat dari azab dan seksa.
Ketahuilah Bahwa Sebaik Baik Bekal Yang Akan Kita Bawa Nanti Adalah BerTaqwa Kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Semoga Bermanfaat.

No comments:
Post a Comment