Remember

Thursday, July 28, 2011

Finally..


Wah! Bestnya diri ini rasa apabila terasa kebebasan hati. Apa yang saya maksudkan adalah perasaan dimana hati ini tidak dibelengu oleh perasaan sedih, kecewa mahupun sakit hati. Dimana saya tidak lagi rasa bersalah untuk mengenali orang baru dalam hidup ini. Sudahku temui ketenangan disebalik dugaan yang melanda. Syukur Alhamdulillah aku ucapkan kepada Mu Ya Allah. Biarpun dia mengecewakan diriku namun aku tahu bahawa Engkau tidak pernah mengecewakanku. Walaubagaimanpun aku sedar aku yang sering mengecewakanMu Ya Allah. Maafkan ku..

Sungguh aku kagum tatkala Engkau memberiku ujian sehingga meremukkan hatiku namun disebalik kejadian tersebut Engkau juga telah memberikanku kebahagiaan. Sungguh terdapat hikmah disebalik setiap kejadian yang telah Engkau berikan. Alhamdulillah~

Kini aku juga mendapat jawapan daripada engkau peremuk hatiku, sungguh engkaulah yang mengecewakan hatiku ini. Setelah dua bulan engkau pergi tanpa bicara aku berani tampil untuk mendapat jawapan kepada persoalanku.

Saya : Kenapa awak pergi seminggu selepas awak menabur janji manis?
Si dia : Tak Ada sebab

Saya : Awak ada orang lainkan setelah kita putus?
Si dia : Siapa yang tahu, tahulah.. Siapa yang tak tahu, tak tahulah...

Saya : Awak sebenarnya dengan kawan baik awak kan?
Si dia : Entahlah, Ye kot.

Sungguh jawapan awak umpama bisa kepada diriku. Namun aku pasrah dan redha. Hidup ibarat roda yang sering berputar. Adakalanya kita berada diatas dan adakalanya kita berada dibawah. Aku sudah berpuas hati kerana pada diriku itulah kali terakhir aku mendengar suaranya. Suara yang pernah aku rindui suatu ketika dahulu.

Walaubagaimanapun, kata-kata terakhirku kepada dirinya hanyalah.......
Saya harap suatu masa dan ketika nanti awak sendiri akan merasai kesedihan, dikecewakan dan di tinggalkan oleh insan yang awak sayangi tatkala hati mula menyayangi dirinya
Menyesal juga diriku melafazkan ungkapan sebegitu, namun perkara sudahpun berlaku. Masa yang hilang tidak mungkin di kembalikan.

Namun perkara sebenar yang diri ini ingin sampaikan kepada dirimu adalah....

Saya tidak pernah membenci awak, sungguhpun awak telah membuat saya kecewa yang teramat sangat. Sungguhpun banyak airmataku telah mengalir keranamu. Saya juga menghargai kenangan kita, sungguhpun saya menanti kepulangan awak kembali ke tanah air selama setahun. Terima kasih kerana membuatku bahagia sungguhpun ia telah berakhir. Daku sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu walaupun bukan dengan diriku dan daku berharap engkau jua begitu.
 Aku sangat berharap engkau mengetahuinya.. T-T





No comments:

Post a Comment