Nostalgiknya apabila mengingati kembali kisah mengenai rumput yang cantik. Pernahkah kita terfikir bahawa mata kita mampu untuk menilai rumput? Simboliknya pada pendapat saya adalah, seperti manusia kita mempunyai pelbagai pandangan serta cita rasa dalam memilih pasangan walaubagaimanapun ia tidak hanya tertumpu kepada pemilihan pasangan sahaja. Maksud saya juga disini, kita juga memilih dalam mencari pekerjaan buat diri. Mesti ramai yang setuju bahawa mereka mahu mencari pekerjaan yang mampu menjamin masa depan mereka dengan gaji pokok yang lumayan. Manusia ataupun lebih spesifik adalah minda kita mampu untuk melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif. Namun ia jarang sekali digunakan. Amat merugikan. Jangan saya katakan orang malah diri saya sendiri jua begitu.
Teringat kembali apabila melihat video ini.....
Kamu menceritakan kisah ini pada awal perkenalan kita. Kenangan yang tidak akan ku lupa kerana disebabkan kamu menceritakan kisah rumput ini saya mampu muhasabah juga diri ku. Inspirasi jugalah untuk membuat entri ini sungguhpun sudah lapuk dek ditelan arus masa.
Kisah ini pada pendapat saya juga, mengajar kita banyak pengajaran. Antaranya :
1. Bersyukur
Bersyukur merupakan suatu konsep di mana kita bukan semata-mata meluahkan mahupun melafazkan tetapi meliputi amalan serta tingkahlaku seseorang. Perlu kita mengingati untuk bersyukur. Terdapat banyak rumput di padang, setiap rumput yang berada di sana mampu kita ibaratkan sebagai suatu masyarakat. Sewaktu kita sedang mencari yang paling cantik antara ramai-ramai insan dalam masyarakat itu. Kita akan menjalinkan ukhwah dengan orang di persekitaran kita. Setiap insan yang kita kenali mempunyai keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Di situ kita telah mengenali ramai insan yang mampu menggembirakan hidup kita. Maka perlu kita bersyukur di atas setiap pertemuan yang Allah kurniakan.
2. Menghargai
Di sini kita memilih senario sewaktu pelajar tersebut telah menemui rumput yang dia merasakan cantik serta indah di matanya dan kemudian dia meninggalkan rumput asal tersebut untuk rumput yang berbeza. Apabila kita melihat senario ini, cuba kita membayangkan diri kita di tempat rumput yang pertama itu. Tidak sedihkah hati kita? Sewenang-wenang kita di tinggalkan apabila matanya terjumpa sesuatu yang lebih indah. Jika kita membandingkan diri kita dengan rumput, kita jauh lebih bernilai kerana mempunyai hati naluri. Oleh itu, setelah kita terjumpa insan yang kita sayangi serta kasihi haruslah kita menghargai dirinya. Siapa yang tidak mahu dirinya dihargai? Semua jua menginginkannya tidak kira kaum adam mahupun kaum hawa. Semua berhak untuk dihargai serta menghargai antara satu sama lain.
3. Hak untuk memilih
Yang ini juga boleh kita jumpai dalam video ini, sememangnya setiap insan diberi hak untuk memilih. Walaubagaimanapun, jika rumput semata tidak kisah tetapi kita mengibaratkan rumput itu sebagai insan yang mempunyai hati nurani. Janganlah kita buat mereka seperti baju yang kamu tukar setiap hari. Setiap insan berhak memilih pasangan mereka mengikut keserasian mereka namun mereka juga perlu memperhalusinya dengan sifat menghargai serta bersyukur. Bukan dengan niat untuk menyakiti insan tersebut. Namun, janganlah kita jua bersifat terlalu cerewet malah terlalu inginkan kesempurnaan dalam diri seseorang serta terlalu memilih.
Ini hanyalah dari perspektif diri ku, terkadang kita harus mencari yang tersirat di sebalik simbolik-simbolik ini. Berkemungkinan apabila kamu melihat tanah, hanya sekadar tanah namun apabila saya melihat tanah saya juga mengingati kematian. Ini hanya sekadar contoh :)
No comments:
Post a Comment