Remember

Monday, July 18, 2011

Mengapa Dikau Begini



Andai aku mengerti apa yang sedang bermain dalam fikiran kamu ketika itu, sungguh aku teringin masa berputar kembali disaat  bermulanya perkenalan kita. Kenangan tersebut pasti indah bagi mereka yang sedang bercinta. Indahnya perasaan ketika itu. Terasa diri ini dikasihi oleh seseorang. Fitrah manusia ingin merasa dicintai serta mencintai.

Teringat kembali saat-saat bahagianya apabila melihat kamu suatu ketika dahulu..
Sungguhpun jarak yang memisahkan kita sangat jauh sampaikan tiada masa untuk bertemu.
Akan tetapi kau ingatkan daku sungguhpun jauh namun dikau tetap mempunyai masa.
Sehinggalah tibanya hari dimana aku melihat kamu pergi.
Demi menyambung pengajian dikau menjadi seorang perantau.
Saat itu hatiku sebak melihat pemergianmu

Setelah pemergianmu ke perantauan untuk menyambung pengajianmu
Setahun tidak ketemu..
Pelbagai persoalan muncul dalam benak fikiran ini
Namun hati ini tabah untuk menanti pemulanganmu

Apakan dayaku...
Ku hanyalah manusia biasa begitu jua kamu
Ungkapan yang perit telah pun engkau ungkapkan kepadaku
Kecewanya hati ini tidak mampu dihuraikan oleh perkataan
Tiada ucapan yang mampu diucapkan

Mengapakah dikau begini?
Berubahkah perasaanmu...
Jika benar sudah berubah, katakanlah..
Jawablah segala persoalanku
Rintih hati yang sayu ini

Jika benar ini rencanamu sejak awal lagi
Mengapa berikan kewujudanmu suatu kegembiraan kepadaku?
Mengapa engkau menggembirakanku engkau membuatku sedih?
Tahukah betapa aku kecewa dengan sikapmu

Hanya Allah sahaja yang mengetahui
Hanya Allah tempat daku meluahkan rintihan hati ini
Namun aku sedar aku tidak mampu untuk membenci dirimu
Siapalah aku untuk berbuat demikian

Namun aku ingin mengetahui
Mengapa kau pergi setelah kau membuatku gembira?
Mengapa kau membuatku berasa kecewa?
Mengapakah kau melukakan serta menyakiti hati ini dengan bicara menghiris kalbu?
Bagaimana kau mampu melupakan segala kenangan kita?
Mengapa engkau yang memulakan serta mengakhirinya?

Siapalah yang mahu berasa dikecewakan, disakiti serta dilukakan... perasaan inilah yang selalunya menduga kita. Tahukah juga kamu bahawa aku jua tidak pernah menginginkan kau pergi. Namun jika begitulah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Ilahi. Aku redha dengan ketentuanNya tentunya ada hikmah disebalik setiap kejadian. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi diriku.

Namun telah pun aku bernekad bahawa dikaulah yang terakhir yang aku sayangi untuk kesekian kalinya kerana aku tidak sanggup merasai perasaan seperti ini. Jika benar kita mempunyai jodoh maka dengan izinNya akan terbukalah jalan buat kita. InsyaAllah.




No comments:

Post a Comment