Kelihatan bagai malam menyelimuti langit
Kilauan bintang mula menghiasi langit
Bagai menerangi jalan yang gelap
Kehadiran sang bulan sebagai peneman setia
Membikin hati insan yang melihatnya tersentuh
Melihat keindahan alam ciptaan-Nya
Di siang hari merupakan waktu bagi manusia bekerja serta melakukan rutin seharian mereka. Cahaya matahari memberikan tenaga kepada manusia untuk melakukan aktiviti tersebut.
Namun, apabila tibanya malam hari, merupakan masa bagi kita merehatkan diri serta mendekatkan diri kita kepadaNya. Apabila kita memejamkan mata kita, kita berada dalam keadaan mati sementara terkadang kita akan bermimpi mengenai perkara yang membuat kita gembira, sedih mahupun mengarut sahaja.
Dikatakan mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan ujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang ujud dalam masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan .
Benarkah?
Andainya ia berlaku.....
Suatu malam sedang lena dibuai mimpi nan indah
Sedang dibuai mimpi
Sungguh gembira ku rasakan
Bagai semuanya realiti
Namun tidak ku duga
Terdapat panggilan daripada kamu
Namamu terus ku tenungi
Kerinduaan yang telah lama hilang kembali
Namun hatiku sayu
Tanpaku sedari airmataku membasahi pipi
Tersedarnya daku daripada lamunanku
Tanganku mengapai telefon disisi
Menatapinya..
Airmataku kian mengalir kembali
Kerana daku sedar ia hanyalah sekadar mimpi
Mimpi hanyalah mimpi
Ia tidak akan menjadi realiti
Jika kita dapat melihat mimpi yang ada maksudnya , kita tidak akan melupakan mimpi tersebut , jadi jika kita terlupa sesuatu mimpi tak perlu risau lagi.
No comments:
Post a Comment