Diri ini sangat bersyukur kerana menyertai program ini. Ya Allah terdapat hikmah terbukanya pintu hatiku untuk menyertai TINTEC-KRENEDEX 11 ini kerana daku telah pun mencipta serta perolehi banyak memori-memori indah bersama dengan mereka yang bergelar sahabat.
Salam Ukhuwwah ku ucapkan kepada semua..
Tiada ungkapan yang mampu ku ungkapan betapa gembiranya mengenali diri kalian. Hanya ku mampu mengucapkan terima kasih kerana mengalu-alukan kehadiran diri ini. Sungguhpun terdapat sebilangan antara kami bukanlah daripada warga Kelab Bakti Siswa (KBS) termasuklah diri sendiri. Pelbagai kenangan yang agak kelakar pada saya. Betapa uniknya setiap perkenalan antara kalian. Tidak dapat ku lupakan. Impak program ini sangat saya rasai sebenarnya sungguhpun hujung pangkal program tidak berapa jelas.
Gambar di atas merupakan sesi bergambar hari terakhir berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK). Seronoknya bergambar bersama dengan semua Fasilitator serta Ahli Jawatankuasa (AJK) juga. Mereka semua sangat sporting! Syukur, Alhamdulillah. Sungguhpun agak kekok pada awalnya berinteraksi bersama dengan lelaki =_='' hahaha.. Di situ jugalah saya mula mengenali beberapa insan yang bernama lelaki. Mereka baik-baik belaka. InsyaAllah. Maklumlah Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan (FBB) kekurangan mahasiswa lelaki. Walaubagaimanapun, nama saya tidak akan sebut :))
Wah! Gembiranya tengok gambar ini, mereka inilah sahabat baru saya juga yang berasal daripada pelbagai latar belakang serta fakulti yang berbeza. Ada yang Fakulti Kejuruteraan Biomedik dan Sains Kesihatan (FKBSK), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). Teringat pula
Fakulti Kejuruteraan Biomedik dan Sains Kesihatan (FKBSK) merupakan pilihan kedua dalam UPU tetapi tidak mengapalah dapat juga pilihan pertama. Alhamdulillah juga~
Masa ini pula, akak-akak yang bergambar bersama dengan adik-adik Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai (SMKKK). Agak tersentap jugalah apabila seorang sahabat berkata tidak dapat membeza saya dengan adik-adik di SMKKK. Sebelum terlupa adik-adik ini semuanya Tingkatan 3. Mereka akan menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Adik-adik semua semoga dapat menjawab dengan tenang. InsyaAllah akak-akak dan abang-abang akan mendoakan kejayaan kalian. Rindu juga dekat adik-adik di SMKKK. Jika ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi.
Muka semua dalam gambar ini sebenarnya penat-penat belaka. Tapi sebab nampak kamera DSLR terus membuatkan kami tersenyum. Gambar ini semasa kami berada di Kota Bharu. Kalau saya tidak salah kami berada di Kampung Sirih (kalau salah maaf). Sewaktu itu kami menginap di Kelantan English School (KES). Kenapa terdapat banyak sangat kayu di belakang? Ini adalah projek membuat rak buku atau reading station untuk sesebuah masjid. Terima kasih kepada abang-abanglah yang banyak melakukan kerja-kerja pertukangan tersebut :)) Memori yang sangat berharga mengenali kamu semua. Maaf kami para mahasiswi kumpulan kamu hanya mampu menghias reading station tresebut sahaja.
Mereka ini pun kami baru sahaja kenal. Mungkin sebelum ini kita sering bersilih pandangan di Kolej 9 namun tiada siapa yang berhenti ingin bertanya nama masing-masing. Kalau tidak salah, sewaktu ini mereka pergi bergotong-royong. ^^ maaflah, saya tidak tahu apa-apa mengenai info pergi bergotong-royong. Walaubagaimanapun, Salam perkenalan juga yep nanti kita jumpa kembali di Kolej 9.
Detik-detik terakhir program, walaupun hati ini gembira kerana berakhirnya program TINTEC-KRENEDEX 11. Namun, sedih juga apabila berpisah dengan mereka. Di sebabkan program ini juga saya mengenali kamu semua. Agak menyesal jugalah sebab tiada gambar bersama peserta-peserta lelaki sewaktu ini. Maaf-maaf sebenarnya saya sangat segan untuk bergambar dengan lelaki. Tidak mengapalah InsyaAllah kita akan bertemu jua sebab peserta lelaki majoriti merupakan penghuni Kolej 10. Kolej 10 dan Kolej 9 tidaklah jauh.
Di harap jalinan ukhuwwah antara kami tidak akan pernah terputus. Semoga kita bertemu lagi para sahabatku. Saya juga berharap ada lagi program sebegini kerana ia sangat menyeronokkan sungguhpun memakan waktu cuti ini. It is worth it. Semoga Allah merahmati pertemuan kita ini.
Amin~







No comments:
Post a Comment