Remember

Saturday, July 30, 2011

Wahai sahabat yang serabut



Wahai sahabat,
Haruslah engkau tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan ini. Tatkala hati ini berasa sakit, janganlah engkau mengikutinya kerana sewaktu itulah musuh-musuh kita yakni syaitan laknatullah mudah untuk mengapi-apikan kita lagi. Tenangkanlah hatimu itu dahulu dengan ayat-ayatNya yang syahdu.

Wahai sahabat,
Dikala masalah membelengu fikiranmu. Disaat engkau merasa bebanan yang engkau pikul semakin bertambah. Disaat engkau merasakan tiada siapa yang mampu menjadi pendengar yang setia. Ingatlah wahai sahabat yang ku kasihi bahawa Allah mengetahui segala bebanan yang engkau pikul. Ingat jua bahawa Allah sentiasa akan mendengar rintihan hatimu. Allah sentiasa mendengar tatkala engkau menadah kedua telapak tanganmu untuk berdoa kepadaNya.

Wahai sahabat,
Disaat kamu dilanda pelbagai masalah. Disaat kamu berasa dibebani dengan hidup ini. Disaat kamu merasa lenguh untuk menghadapi segala rintangan yang melanda kamu. Janganlah kamu merungut. Janganlah kamu mengeluh. Haruslah kamu sedari bahawa itu hanyalah ujian daripadaNya buat dirimu. Ketahuilah bahawa senya ujian merupakan bicara kasih sayang. Kasih sayangNya buat dirimu, wahai sahabat.

Wahai sahabat,
Ketahuilah bahawa tiada siapa ingin melihat dirimu bersedih. Ketahuilah bahawa terdapat ramai yang menyayagi dirimu. Sungguh akan adanya yang tidak akan mempercayai dirimu. Akan adanya yang ingin menjatuhkan dirimu. Malah ada yang akan menganiya dirimu. Maka tabahkanlah hatimu. Ingatlah dan percayalah pada Allah yang maha penyayang. Ingatlah bahawa hidup didunia hanyalah sementara. Kita diibaratkan sebagai perantau sahaja untuk mengumpulkan amal jariah sebagai bekalan kelak di akhirat.

Wahai sahabat,
Ingatlah tatkala perasaan kamu berkecamuk. Hatimu dirundung masalah. Tatkala emosi kamu terganggu. Inilah pesanan saya buat dirimu yang bernilai. Hati itu perlu dijaga kerana ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran. Mahupun malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan. Janganlah kamu terlalu memikirkan segala yang berada di duniawi ini. Ingatlah.

Wahai sahabatku,
Seorang sahabat lebih berharga dari emas ataupun permata.
Kekayaan tidak mampu membelikanmu seorang sahabat mahupun membayar kerugian akibat kehilangan seorang sahabat.
Allah itu maha bijaksana wahai sahabat.
Setiap insan yamg dikau kenali sepanjang hidupmu bukanlah untuk melukaimu
Terdapat hikmah disebalik setiap perkenalanmu
Setiap perkenalan mengamit memori indah
Setiap perkenalan itu unik
Perlulah kita juga bijak mengetahui serta mencari yang jernih disetiap perilaku manusia yang berlaku

Akhir kata wahai sahabat, aku sangat menyayangi dirimu. Sungguhpun kita berada jauh di mata namun kamu, setiap antara kamu tetap barada dalam hatiku. Segala yang pahit mahupun manis merupakan saat serta bukti bahawa ukhwah terjalin di atas kehendakNya.



No comments:

Post a Comment