Diam bukan bererti daku lemah
Bukan juga bereti daku benci
Namun sebaliknya..
Diam itu memberi ruang kepada hati
Memberi ruang kepada minda
Demi untuk mengubati hati yang rapuh
Pemikiran yang mudah dipengaruhi
Oleh anasir-anasir lain yang ingin melihat kita terpesong
Diam itu bereti daku ingin ruang dan waktu
Bagi menyembuh hatiku ini yang lara
Setiap detik berlabuh dalam kesepian malam yang dingin
Merenungi langit.. Mengamati alam
Benak fikiran, Indahnya bumi ciptaan DIA
Diamku untuk berfikir...
Bukan berfikir mengenai perasaan daku sendiri sahaja
Malah untuk mengubati hati ini.
Diam itu berarti penuh kesabaran
Tersulam dalamnya penuh ketabahan
Kerna bukan mudah bagi menyembuhkan luka sendiri
Luka yang banyak di rahsiakan
Hanya mampu mengukir senyuman
Senyuman terimbau seribu kedukaan dia
Namun hati tetap tabah mengukir senyuman kepada dia
Bukan bererti diamku untuk mengugutmu
Bukan juga bererti untuk mnegertakmu
Malah tidak sama sekali ingin menyakiti dirimu
Namun ia hanya untuk menarik perhatianmu
Tetapi kamu tidak menyedarinya
Berilah masa dan ruang untuk menyelami perasaanku
Seandainya tidak mampu...
Maka biarlah aku bersedih dalam diam
Allah lah yang akan mengubati kesedihanku ini

No comments:
Post a Comment