One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter.
Remember
Saturday, December 1, 2012
First Day in University of Kent
Assalamualaikum wbt
Kami tiba di University of Kent dengan menaiki Teksi. Pemandu teksi yang memandu kami ke universiti merupakan seorang pakcik yang sangat baik dan memberikan kami idea mengenai negara di United Kingdom. Alhamdulillah, pada malam kami tiba kami sudah mempunyai kunci bilik masing-masing. Ya Allah, betapa sejuknya malam itu. Kami tidak membiasakan diri terhadap suhu di sini lagi.
Walaupun rumah saya lebih jauh daripada rumah sahabat-sahabat saya yang lain. Sejujurnya saya berasa sunyi apabila seorang diri sahaja dalam bilik. Pada awal-awal itu, sering kali menangis kerana berasa sunyi sangat. Pada malam itu, saya tidur dalam keadaan kesejukan kerana tidak mempunyai selimut untuk menyelubungi diri.
Hihi. Alhamdulillah selamat mengharungi malam pertama di United Kingdom. Ketika itu suhu tidak lah serendah mana cuma 13 degree celcius. ^_^ Pada pagi itu kami mula berjalan-jalan sekitar kampus dengan bantuan housemate Zubair, Jack, Dia juga merupakan seorang yang baik kerana mempunyai masa untuk tunjuk jalan dalam universiti walaupun baru sahaja berkenalan.
Alhamdulillah kami banyak mengetahui liku-liku perjalanan untuk ke kelas malah kami ramai bertemu dengan pelajar malaysia di sini. Mereka menyambut kami dengan senyuman mesra. Paling menarik, kami tidak mengenali antara satu sam yang lain namun kami bertegur sapa seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Pengalaman ini sangat menarik. Alhamdulillah, sememangnya perasaan ini tidak dapat di rasai di Malaysia.
Alhamdulillah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment