One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter.
Remember
Saturday, December 1, 2012
Arrival! Heathrow~
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah setelah hampir 13 Jam berada di dalam kapal terbang akhirnya kami tiba di balai ketibaan Heathrow International Airport. Inilah pertama kali kami tiba di bumi United Kingdom tanpa seorang pensyarah pengiring mengiringi kami ke University of Kent, Canterbury.
Perasaan takut menyelubungi diri apabila kita tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai sistem di sini. Alhamdulillah ada juga dua jejaka ini, Zubair dan Dzul yang banyak membantu kami mengangkat barangan kami.
Ketika kami ingin check-out ke bahagian imegresen. Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran. Adakah kami selamat? Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Setelah beratur selama 10 minit, kini giliran kami untuk bertemu pegawai. Pada mulanya, mereka hanya inginkan dokumen kami serta kepastian kami sebagai pelajar di Universiti of Kent.
Alhamdulillah juga kami tiada permasalahan mengenai Visa pelajar kerana visa pelajar hanya di beri untuk pelajar yang belajar selama setahun ataupun lebih. Kami hanya memperoleh Visa sementara dan kami tidak dibenarkan untuk bekerja kerana visa sementara kami.
Setelah kami keluar dari tempat imegresen, kami di sambut mesra oleh pertukaran pelajar Kent-UTM Ryan Jhonson yang menjemput kami. Ryan banyak membantu kami dalam pembelian sim kad "Lebara" kami serta membantu kami dalam perjalanan kami di London ini.
Semoga perjalanan kami dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Alhamdulillah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment