One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter.
Remember
Wednesday, March 20, 2013
Kertas v2.0
Aku menjadi kecewa, lalu mengambil semula kertas tersebut. Aku mengatakan biarlah jika kamu tidak mahu menjaga kertas ini, biar aku sahaja yang menjaga dan merawat kertas ini kerana kamu semua sering melukainya. Kamu sering mencontengnya, mengoyakkan, dan menggumalnya. Biarlah aku yang menjaga sehelai kertas yang rapuh ini sehingga seseorang yang benar-benar ingin menjaganya datang.
Setelah kekecewaan melabuhkan tirainya...
Kertas yang dahulunya telah berpindah ke penjagaan seorang khalifah Allah yang diri ini sangat percayai. Kertas yang dahulunya telah di komot-komot, digumal-gumal, dan di conteng-conteng telah dipelihara dengan baik sekali oleh dia. Namun sehingga bila kertas itu mampu bertahan. Ia hanyalah sehelai kertas yang tiada gantinya. Sejauh manakah kertas yang tidak terurus itu mampu bertahan dengan karenah duniawi ini. Sejauh manakah penjagaan khalifah Allah ini mampu menjaganya...
Atau...
Empunya kertas akan mengambilnya kembali dengan mengoyak kertas tersebut itu sendiri tanpa menghiraukan efeknya terhadap dirinya sendiri. Mungkin... Atau kertas itu akan hancur akibat tangisan empunya kertas tersebut. Saat terjadinya perkara ini, tidak sesekali jua dia mampu mempercayai sesiapa mampu menjaga dirinya.. Tidak juga mempercayai bahawa kebahagiaan itu mampu menjadi miliknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment