Remember

Friday, June 1, 2012

Fruitful Friday #32 Luahan






Aku sering terlupa terhadap sesuatu yang aku harus ingat sentiasa....
Dalam mencari kekuatan dalam hati untuk menerima sesuatu
Sering kali airmatalah yang menemani kerana mengetahui hakikat sesuatu itu
Namun sesuatu itulah yang aku harus hadapi kerana itulah kebenarannya

Monday, May 21, 2012

Pengharapan itu...?






Penat sangat apabila mengimbau kembali perasaan sedih dan kecewanya kerana membenarkan harapan serta janji seorang manusia tertanam dalam hati...

Istighfar sangat..

Teringat suatu ketika hati sering menrintih dan mengadu supaya hentikan kesakitan yang tidak kelihatan pada zahirnya. Teringat sering sakit kerana kesedihan yang telah dibenarkan oleh diri sendiri.. Terpancarlah ketidak cerdiknya kepada diri kerana meletakkan pengharapan kepada yang bukan sepatutnya.
Terpancar jualah dalam hati keletihan apabila sering dikecewakan..

Ini hanyalah kisah dan rintihan seorang sahabat sebagai renungan.

________________________________________________________________

Semua orang pastinya pernah mengharap pada sesuatu mahupun seseorang. Mengharap apa jua yang diingini di dalam kehidupannya. Pengharapan itu datang daripada keinginan, kehendak serta sebuah impian lalu dengannya seorang itu akan berusaha malah berkorban serta membuat pilihan di dalam hidupnya.

Namun seorang sahabat sering mengingatkan jangan mengharapkan manusia hatta diri dia sendiri pun janganlah mengharapkan, maka letakkanlah pengharapan kamu kepada Allah.

"Ma Fii Qalbi Ghairullah"

Hakikatnya semua pun pasti pernah mengharap ibu bapa mengharapkan anak mereka untuk menjaga mereka. Seorang graduan berharap dapat menamatkan pelajarannya. Mahupun seorang wanita mengharapkan untuk memperoleh seorang suami yang soleh.

Itu juga adalah harapan. Ramai orang berharapkan sedemikan. Tetapi ramai juga orang di zaman ini yang memiliki kedudukan, kerjaya dan kewangan yang kukuh, namun disana tidak mampu menjaga ibu bapanya yang sudah tua, uzur mahupun sakit. Mereka menganggap ia mengganggu kerjaya mereka, lantas dihantar sahaja ke rumah orang-orang tua.

Adakah ini yang dimaksudkan pengharapan dalam kehidupan?


Hakikat sebuah pengharapan

Dalam setiap sesuatu yang kita lakukan kita adanya hakikat. Hakikat yang kita semua perlu fahami adalah tidak berasa kecewa diatas apa yang kita impikan. Tidak salah untuk berharap namun perlulah tidak berasa kecewa apabila tidak dicapai apa yang diimpikan. 

Dan pemahaman setiap hakikat ini sangat perlu dilandaskan dengan panduan syariat yang ditetapkan Allah agar sifat redha muncul dan terdetik di dalam hati dan sanubari kita.

Namun pada hari ini ayat yang kita sering dengar adalah:

Harapan hanyalah tinggal harapan

Apabila tidak semua pengharapan berakhir dengan sesuatu yang manis. Malah hari ini banyak harapan yang hancur dengan kekecewaan apabila yang diingini berlaku sebaliknya.

Sebuah harapan memerlukan seseorang itu berlandaskan dengan ketentuan Allah yang tidak pasti. Ini kerana setiap sesuatu yang berlaku kepada diri manusia sama ada baik mahupun buruk adalah kurniaan yang terbaik dari sisi Allah s.w.t buat hamba-Nya.


Apa yang manusia harapkan akhir yang baik itu tidak semestinya ia baik kepada dirinya walaupun dari pandangan mata manusia dan dunia ia baik. Sebaliknya dari sisi Allah sesuatu yang baik itu mungkin buruk bagi-Nya. Cuba kita menekuni maksud firman Allah s.w.t ini:
"..Dan boleh jadi apa yang kamu benci (keburukan) sesuatu perkara itu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka (kebaikan) sesuatu perkara itu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (segala-galanya), sedangkan kamu tidak mengetahui." 
 (Al-Baqarah, 216. Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman).

Maka seringlah kita muhasabah diri kita dan meletakkan pengharapan kepada Allah. Walaubagaimanapun, adakalanya kita ada juga meletakkan sebuah harapan kepada insan. Jalan yang saya mampu mencadangkan adalah berdoalah kepada Allah supaya memudahkan perjalanan kamu itu.



Wallahu a'alam


Sunday, May 20, 2012

Puisi: Bunga dalam taman





Sungguh indah diciptakan dirimu
Diibaratkan seperti bunga dalam jambangan
Bukankah diciptakan Hawa dalam pelbagai
Serupalah bunga jua
Sungguhpun mata melihat ia seakan serupa
Namun ia tidak sama

Aku hanyalah sekuntum bunga
Dalam ribuan bunga dalam taman
Adakah kamu mampu mengenali daku?
CiptaanNya sungguh menarik perhatian
Alhamdulillah kerna mampu memilih

Terpeliharalah bunga di dalam taman
Sering dibajai dengan tarbiyah oleh dua pekebun
Pekebun itulah yang mencurahkan kasih sayang mereka
Mereka menyirami kamu tatkala kamu kehausan
Mereka pelihara kamu apabila anasir jahat ingin mendekatimu
Akulah bunga yang bahagia, Alhamdulillah

Dalam keletihan mereka
Melihat hasil yang mereka peroleh
Panjatnya rasa syukur kepada sang pencipta
Ku terdengar tatkala mereka berdoa
Ya Rabbul Izzati, engkau peliharalah mereka itulah sebaik-baik didikan yang kami berikan
Allahu Rabbi, hujan mula membasahi bumi
Seakan memahami tersirat di hati

Kuntuman bunga itulah aku
Dalam jutaan bidadari dunia lain
Aku mengetahui aku tidak sebaik bunga-bunga lain
Namun didikan yang telah diberi oleh para pekebun
Yakni kedua ibu bapaku telah mengajar serta membimbingku dan mengasihi daku
Ya Allah engkau rahmatilah mereka rintih hati ini
Kerna aku mahu mereka bahagia dalam hadiahmu yang tidak ternilai
Yakni SyurgaMu

Akulah kuntuman bunga
Yakni seorang anak gadis
Yang sering terlupa hukumMu
Semampunya Ya Rabbi
Aku mahu memberikan kebahagiaan kepada mereka
Namun aku persiapkan diri sebagai seorang anak perempuan yang baik
Aku tidak mengharapkan gelaran solehah mahupun gelaran muslimah sejati
Aku hanya inginkan persiapan diriku dengan mengikuti segala perintahmu
Dan meninggalkan laranganMu
Sebagai hadiah buat mereka ketika bertemuMu, Ya Allah
Diiringi doa daripada anak-anak mereka

Aku tidak berharap digelar solehah mahupun muslimah oleh manusia
Kerna aku tidak hanyalah insan yang sering melakukan dosa
Aku tidak berharap yang menemani diriku seorang pejuangMu Ya Allah
Kerna aku malu dengan diri ini..
Namun hari silih berganti aku bersemangat demi memahami Ad-dinMu
Demi menjadi seorang anak yang mampu membantu ibu bapanya kelak
Demi bergelar seorang isteri dan kelak mendidik anak-anakku

Begitulah pengharapan bunga
Tiada bunga yang ingin dipetik tanpa alasan
Bunga-bunga inilah janganlah jadikan dirimu
Sebagai perhiasan untuk dipertontonkan

Fruitful Friday #31 Dimanakah letaknya diam itu?





Terkadang diam itu jauh lebih baik kerna kita mampu mengelakkan daripada api kemarahan datang mahupun timbulnya prasangka buruk kerana langkah pertama dalam membina ukhwah serta selemah-lemahnya adalah bermula dengan berprasangka baik yakni Husnuzon.

Dalam entri seterusnya :)



Puisi: Niat Penghijrahan




 Salam  serta salam sejahtera
Wahai para sahabat
Aku ingin memberitahu
Aku mahu berhijrah
Ingin aku melangkah ke hadapan
Untuk mengenali sang pencipta

Namun untuk berhijrah
Ku melalui onak duri
Berbekalkan kesungguhan
Berbekalkan keazaman
Ku mulai dengan niatku
Lillahi Ta'ala...

Ku panjat syukur kepadaNya
Membuatku sedar
Kerna datangnya hidayahNya
Membuka mata yang tertutup
Meruntun hati yang gersang
Kini hati itu telah dibajai hidayahNya

Semakin berserilah hati itu
Taman-taman yang tumbuh subur terjaga
Alhamdulillah
Namun.. terkadang terbitnya kerisauan
Seketika diri merasa lemah
Tergendala seketika penghijrahan itu

Alangkah sedihnya hati
Kerna merasakan gentarnya kepada Ilahi
Maka hati mula merintih serta memohon
Bantulah hambamu yang lemah lagi hina ini
Sesungguhnya aku mahu menggengam erat
Pemberianmu yang tak ternilai itu

Wahai hati ingatlah kembali
Ingatlah niatmu kembali
Niatmu untuk berhijrah Lillahi Ta'ala
Carilah kekuatan dalam doa penuh pengharapan kepadaNya
Tambahkanlah dengan kesungguhan yang tinggi

Mata-mata liar akan selalu memandangmu
Ramai akan menilai dirimu
Ingatlah kembali kepadaNya yakni Allah swt
Kerna disitulah sebaik-baik tempat mengadu
Teruskalah beristiqamah selangkah demi langkah 
Menerusi niat penghijrahanmu
Lillahi Ta'ala