Remember

Monday, May 21, 2012

Pengharapan itu...?






Penat sangat apabila mengimbau kembali perasaan sedih dan kecewanya kerana membenarkan harapan serta janji seorang manusia tertanam dalam hati...

Istighfar sangat..

Teringat suatu ketika hati sering menrintih dan mengadu supaya hentikan kesakitan yang tidak kelihatan pada zahirnya. Teringat sering sakit kerana kesedihan yang telah dibenarkan oleh diri sendiri.. Terpancarlah ketidak cerdiknya kepada diri kerana meletakkan pengharapan kepada yang bukan sepatutnya.
Terpancar jualah dalam hati keletihan apabila sering dikecewakan..

Ini hanyalah kisah dan rintihan seorang sahabat sebagai renungan.

________________________________________________________________

Semua orang pastinya pernah mengharap pada sesuatu mahupun seseorang. Mengharap apa jua yang diingini di dalam kehidupannya. Pengharapan itu datang daripada keinginan, kehendak serta sebuah impian lalu dengannya seorang itu akan berusaha malah berkorban serta membuat pilihan di dalam hidupnya.

Namun seorang sahabat sering mengingatkan jangan mengharapkan manusia hatta diri dia sendiri pun janganlah mengharapkan, maka letakkanlah pengharapan kamu kepada Allah.

"Ma Fii Qalbi Ghairullah"

Hakikatnya semua pun pasti pernah mengharap ibu bapa mengharapkan anak mereka untuk menjaga mereka. Seorang graduan berharap dapat menamatkan pelajarannya. Mahupun seorang wanita mengharapkan untuk memperoleh seorang suami yang soleh.

Itu juga adalah harapan. Ramai orang berharapkan sedemikan. Tetapi ramai juga orang di zaman ini yang memiliki kedudukan, kerjaya dan kewangan yang kukuh, namun disana tidak mampu menjaga ibu bapanya yang sudah tua, uzur mahupun sakit. Mereka menganggap ia mengganggu kerjaya mereka, lantas dihantar sahaja ke rumah orang-orang tua.

Adakah ini yang dimaksudkan pengharapan dalam kehidupan?


Hakikat sebuah pengharapan

Dalam setiap sesuatu yang kita lakukan kita adanya hakikat. Hakikat yang kita semua perlu fahami adalah tidak berasa kecewa diatas apa yang kita impikan. Tidak salah untuk berharap namun perlulah tidak berasa kecewa apabila tidak dicapai apa yang diimpikan. 

Dan pemahaman setiap hakikat ini sangat perlu dilandaskan dengan panduan syariat yang ditetapkan Allah agar sifat redha muncul dan terdetik di dalam hati dan sanubari kita.

Namun pada hari ini ayat yang kita sering dengar adalah:

Harapan hanyalah tinggal harapan

Apabila tidak semua pengharapan berakhir dengan sesuatu yang manis. Malah hari ini banyak harapan yang hancur dengan kekecewaan apabila yang diingini berlaku sebaliknya.

Sebuah harapan memerlukan seseorang itu berlandaskan dengan ketentuan Allah yang tidak pasti. Ini kerana setiap sesuatu yang berlaku kepada diri manusia sama ada baik mahupun buruk adalah kurniaan yang terbaik dari sisi Allah s.w.t buat hamba-Nya.


Apa yang manusia harapkan akhir yang baik itu tidak semestinya ia baik kepada dirinya walaupun dari pandangan mata manusia dan dunia ia baik. Sebaliknya dari sisi Allah sesuatu yang baik itu mungkin buruk bagi-Nya. Cuba kita menekuni maksud firman Allah s.w.t ini:
"..Dan boleh jadi apa yang kamu benci (keburukan) sesuatu perkara itu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi apa yang kamu suka (kebaikan) sesuatu perkara itu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (segala-galanya), sedangkan kamu tidak mengetahui." 
 (Al-Baqarah, 216. Rujukan: Tafsir Pimpinan Ar-Rahman).

Maka seringlah kita muhasabah diri kita dan meletakkan pengharapan kepada Allah. Walaubagaimanapun, adakalanya kita ada juga meletakkan sebuah harapan kepada insan. Jalan yang saya mampu mencadangkan adalah berdoalah kepada Allah supaya memudahkan perjalanan kamu itu.



Wallahu a'alam


No comments:

Post a Comment