Assalamualaikum wbt.
Pada 5 Oktober 2011, saya dan beberapa sahabat telah pergi melawat Rumah Barakah bertempat di Skudai, Johor. Rumah ini merupakan rumah Anak-anak yatim. Inilah program yang di bawah Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 9 yang di anjurkan oleh Biro kebajikan Kolej 9.
Pada awalnya, kami berasa amat kekok kerana tidak pernah mengadakan program seperti ini. Sahabat yang pergi seramai 15 mahasiswi kolej 9 dan adik-adik rumah barakah. Ketibaan kami amat mengejutkan mereka kerana mereka telah di beritahu beberapa jam sebelum kami tiba.
Adik-adik rumah barakah amat celik dan aktif. Sungguhpun mereka kekurangan beberapa perkara daripada kami namun mereka sangat tabah. Malah mereka sangat comel dengan telatah mereka. Kami mulakan dengan sesi perkenalan yang pada mereka amat membosankan. Tapi tidak mengapa mereka jujur :)
Inilah gambar adik-adik dalam kumpulan saya :)
Adik Iqram, Adik Aqmal, Adik Shukry, Adik Arshad, Adik Farhan, dan Adik Ezanell.
Selamat Berkenalan dengan kakak-kakak Universiti Teknologi Malaysia~
Ahlan wa Sahlan ^^v
No comments:
Post a Comment