Remember

Monday, November 28, 2011

Pergi! Jangan kembali~



Disaat awak minta saya jangan sayangkan awak lagi 
Nadi jantung saya bagai terhenti
Saya tak pasti
Apakah mampu saya nanti 
Menjalani hari tanpa awak lagi
Sunyi . .
Sepi . .


Tiada lagi senda gurau awak menghiasi
 Tiada lagi ucapan selamat pagi
 Tiada lagi permintaan berjumpa kita dalam mimpi


 Pergilah. . .
Kalau awak mahu pergi
Bahagia awak. .
Bahagialah saya di sini. .
Untuk segala rasa yang kita pernah lalui
 Jadikan saja kenangan di sudut hati 
Andai nanti awak merindui
Begitu lah juga saya di sini. . .




p/s : Janganlah kita ingin terlalu berharap sangat kepada manusia kerana mereka akan kecewakan kamu tetapi berharaplah kepada Allah keran Dia tidak akan pernah mengecewakan kamu.

Fruitful friday #16 Salam Maal Hijrah~

Okay gambar ini ambil daripada seorang sahabat daripada UKM, bukan design sendiri.


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 semua~
Semoga kita dapat meningkatkan lagi amalan kita pada tahun ini berbanding sebelumnya.
InsyaAllah~




Tuesday, November 22, 2011

Beramai meriahkan DSI untuk sokong Harimau Malaya~~

Semalam jam 8.30 malam Timbalan Naib Chanselor Hal Ehwal Mahasiswa (TNC HEMA) telah memberi kebenaran kepada semua mahasiswa bagi menggunakan Dewan sultan iskandar untuk sama-sama menyokong pasukan Harimau Malaya!!!

Pergh!! memang gempak habislah, semua mahasiswa memenuhi parking lot depan dewan sultan iskandar untuk bersama-sama menyaksikan perlawanan antara Malaysia vs Indonesia untuk FINAL!!!

Itulah pengalaman pertama dalam hidup pergi jerit, melompat, rasa stress sangat tengok bola ni.. hahaha! selama ini cover-cover jep sebab  tak ada pun mahasiswi yang nak melompat-lompat, menjerit dan sebagainya. Release stress juga lah.

Tarikh : 21 November 2011
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

Sungguhpun 1st half macam ape jep, dan agak tak puas hati juga. Tapi tak pe Harimau Malaya buat comeback masa 2nd half dengan menyerang! Pada awalnya Malaysia vs Indonesia (1 : 1) serilah.

Extra time pula pun same jep masih lagi (1 : 1). Intense betullah perasaan masa tu. tapi yang paling lawak is that apabila kamera tunjuk gambar khairul fahmi semua mahasiswi tepuk tangan dengan gemuruhnya~
hahahaha.. memang lawak jugalah~

Sungguhpun Malaysia menang dengan sepakkan penalti. Kira Alhamdulillah juga~ ^^v We are very happy for you Harimau Malaya.

Tiba-tiba teringat masa dulu time world cup, ada seseorang teman untuk bercakap pasal bola sepak ni :) Yang lama tidak perlu untuk dikenang lagi........

Lagi satu, Badrol memang best tengok die main~~~~


-The end-


p/s : entri ini memang bahasa rojak jep.. letih sangat nak formal minggu nie


Monday, November 14, 2011

Selamat menjawab peperiksaan SPM

Di sini saya hanya ingin mengucapkan Selamat menjawab peperiksaan SPM kepada semua yang menduduki peperiksaan tersebut. Semoga kalian semua dapat menjawab semua soalan dengan tenang. InsyaAllah.

Maaf terlambat untuk memberi kata-kata semangat :)

Di harapkan semoga semua junior saya dan saudara mara saya mampu untuk menjawab SPM. Tidak di lupakan juga kepada my dearie brother juga. Along sentiasa doakan kesejahteraan kamu di SMV Tanah Merah, Kelantan dan berharap kamu pulang dengan kejayaan juga InsyaAllah. Try your best!


Fruitful friday #15 Untitle



What a cute blue turtle which can bring out a nostalgic vibe
Well it has always been a dream, a nightmare and a history