Remember

Sunday, May 20, 2012

Puisi: Niat Penghijrahan




 Salam  serta salam sejahtera
Wahai para sahabat
Aku ingin memberitahu
Aku mahu berhijrah
Ingin aku melangkah ke hadapan
Untuk mengenali sang pencipta

Namun untuk berhijrah
Ku melalui onak duri
Berbekalkan kesungguhan
Berbekalkan keazaman
Ku mulai dengan niatku
Lillahi Ta'ala...

Ku panjat syukur kepadaNya
Membuatku sedar
Kerna datangnya hidayahNya
Membuka mata yang tertutup
Meruntun hati yang gersang
Kini hati itu telah dibajai hidayahNya

Semakin berserilah hati itu
Taman-taman yang tumbuh subur terjaga
Alhamdulillah
Namun.. terkadang terbitnya kerisauan
Seketika diri merasa lemah
Tergendala seketika penghijrahan itu

Alangkah sedihnya hati
Kerna merasakan gentarnya kepada Ilahi
Maka hati mula merintih serta memohon
Bantulah hambamu yang lemah lagi hina ini
Sesungguhnya aku mahu menggengam erat
Pemberianmu yang tak ternilai itu

Wahai hati ingatlah kembali
Ingatlah niatmu kembali
Niatmu untuk berhijrah Lillahi Ta'ala
Carilah kekuatan dalam doa penuh pengharapan kepadaNya
Tambahkanlah dengan kesungguhan yang tinggi

Mata-mata liar akan selalu memandangmu
Ramai akan menilai dirimu
Ingatlah kembali kepadaNya yakni Allah swt
Kerna disitulah sebaik-baik tempat mengadu
Teruskalah beristiqamah selangkah demi langkah 
Menerusi niat penghijrahanmu
Lillahi Ta'ala

Friday, May 11, 2012

Fruitful Friday #30





Apabila hatimu berasa terbeban dengan segala kejadian duniawi,
Kamu menahan segala yang kamu rasa,
Akhirnya kamu mula merintih, maka kembalikanlah hatimu itu kepada Allah,
Disitulah tempat yang terbaik untuk kita kembali.
Disitu menangislah kamu sepuas hatimu kerana menanggung bebanan hatimu.

Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang selalu mendengar rintihan hati hambaMu dan engkau jugalah yang selalu membantu hambaMu. Namun, sejauh manakah aku bersyukur dan sedar bahawa itulah bantuan daripadaMu.

Allahu Rabbi

Puisi: Bidadari Dunia



Wahai wanita
Tahukah kamu bahawa
Dirimu begitu berharga
Diibaratkan seperti bidadari dunia

Wahai wanita
Tahukah kamu bahawa
Allah subhanahu wa ta'ala telah menurunkan sesuatu yang istimewa buat dirimu
Yakni sebuah surah yang diberi nama Sura An-nisa buat rujukanmu

Wahai wanita
Seandainya kamu menegtahui
Sebaik-baik hiasan dunia
Mereka yang bercirikan peribadi solehah

Duhai wanita
Ketahuilah bahawa Rasulullah saw
Dalam wasiatnya
Menyatakan bahawa peliharalah kaum hawa 

SubhanAllah, sungguh tinggi & mulianya dirimu
Alhamdulillah

Tuesday, May 1, 2012

Tersiratnya kata #1



Bismillahirramanirrahiim..

Daku ingin menjadi yang teristimewa bagimu
Duhai yang kelak menghuni sisi terbaik hatiku

Aku ingin menjadi makmum yang sering menuruti gerak tauhidmu
Duhai yang kelak menghuni hidupku

Aku akan selalu menundukkan pandangan dan menjaga kehormatanku
Bantulah daku untuk kuatkan iman
Bimbing aku untuk memahami Ad-deen
Aturku untuk menjernihkan hati

Ya Rabb
Maha Penentu segala sesuatu
Hulurkan kepadaku sebuah perisai
Yang melindungi hati
Menyejukkan jiwa
mengharumkan setiap sisi ragaku

Aamiin Ya Rabb




Merindui?